Exchange

Intro

Kita tiba pada bab yang terpenting untuk menjadi trader, iaitu exchange.

Apakah Exchange?

Pernah tengok tak gambar zaman dulu di Bursa Saham Malaysia? Kalau tak, ini gambar dia.

Ini pulak New York Stock Exchange atau lebih dikenali sebagai Wall Street.

Now, dua tempat atas adalah exchange. Namun yang. depa trade adalah stock atau saham, bukan crypto.

Dalam dunia crypto, kita tak keluar rumah pakai ubat ketiak drive mengadap jem, cari parking bagai untuk trade. Kita duduk depan laptop kita di Trade Station kita dengan minyak wangi Mont Blanc.

So basically, exchange adalah tempat kita nak trade dan crypto exchange adalah tempat kita trade crypto.

Kat sini kita deposit capital kita sama ada dalam bentuk fiat atau crypto, untuk kita buy and sell.

Apakah Exchange yang famous dalam crypto?

Ranking exchange berubah-rubah, namun, ketika menulis bab ini, berikut adalah top 10 crypto exchange. Untuk update real time, baca sini :

https://coinmarketcap.com/rankings/exchanges/

Kenapa Luno bukan top 10?

Luno nombor 79 denganĀ  trade volume $18,894,444.84 sehari. Basically Luno coin pun tak banyak so …..

Apa benda yang kita nak kena tahu sebelum decide nak trade dia exchange mana?

Ada beberapa benda penting yang kena aware, iaitu,

1. Accessibility

2. License

3. Security

4. Withdrawal

5. Serasi

6. Web, Apps

7. Customer Support

8. Fee & Charges

Kita nak maintain cuma satu exchange atau lebih dari satu?

Ini bergantung pada risk assessment anda. Untuk awal-awal cukup satu. Namun bila duit dah banyak, risau tak boleh tidur malam, ada baiknya leverage pada exchange kedua.

In case exchange melingkup atau Bank-Run, 1/2 dari capital anda selamat.

Kalau banyak exchange, banyak tempat nak kena login untuk trade?

Tak semestinya. Ada satu platform nama cryptowat.ch dimana satu Mission Control yang boleh aksess multiple exchange dari satu interface.

So instead nak login logout 2FA bagai, lebih mudah trade guna platform ni.

Cuma platform ni tak support semua exchange lagi kecuali yang top setakat ni. Luno takde.

Exchange pun ada scam ke?

Exchange crypto terbesar pada tahun 2010 yang memegang 70% market Bitcoin telah melingkup. Boleh google dan baca pasal Mt.Gox. Ini legend dan perlu ambil tahu.

Satu lagi yang famous adalah exchange canada, QuadrigaCX melingkup tiba-tiba sebab owner dia mati kat India. Basically boleh layan dokumentari pasal exchange ni di Netflix.

Kesimpulan dia, tak kira besar atau kecik, potensi scam dan fraud ada di exchange. So kita kena ada plan macam mana nak atasi benda ni, misal kata Apocalypse Switch Button – sekali tekan semua duit dalam crypto transfer ke bank kita atau terus ke wallet.

Ini kita bincang detail nanti.

Penulis pakai exchange apa?

Kraken, sejak tahun 2017. Bitfinex dan Poloniex sebagai exchange tambahan.

Kenapa pilih Kraken?

Waktu tu interface Kraken senang faham untuk nubis macam penulis. So as nubis, Kraken ada mode boleh pilih dari simple ke advanced.

Dan pada penulis, Kraken interface dia minimalist dan cun. Penulis yang datang dari alam designer, sangat mementingkan gaya dan rupa.

Selain daripada itu, security Kraken agak top notch.

Apa pengalaman paling deep dengan Kraken?

Penulis pernah lupa password. So tak boleh aksess, duit dalam tu ada nak dekat sejuta waktu tu.

So penulis email depa, dan penulis dapati yang Customer Support dia mantap.

End up dia zoom dengan penulis untuk sahkan identiti selain daripada few soalan yang berkaitan.

Last sekali semua OK.

Kesimpulan

Adalah penting untuk mempunyai exchange yang anda percaya dan serasi, namun tidak semestinya cuma satu agar anda leverage risiko hilang capital.

_

Home