INTRO
Penulis dah lama nak buat ni tapi tak buat-buat juga. But then akhirnya berjaya juga itu pun setelah penulis jatuh motor. Nasib umur panjang takat jari tangan terseliuh.
Penulis mempunyai beberapa biji motor sebenarnya, dua daripadanya adalah cc besar. Penulis asal tak reti pun bawak motor tapi dah tua tetiba pergi masuk class dan terus amik lesen B Full.
Now bila main motor besar, penulis rasa kadang-kadang seram juga thus penulis decide untuk tulis semua password etc dalam satu buku.
Buku kecil, saiz poket yang dibeli di Kino KLCC ini dinamakan EYE.
EYE
EYE adalah sempena mengambil nama “Eye of Sauron” dalam filem LOTR. So fungsi EYE ni adalah “tengok semua benda”. Tengok apa? Login, Password, numbers, etc.
Apa tujuan EYE
Tujuan dia kalau malang tak berbau, in case jadi apa-apa pada penulis, maka isteri dan anak-anak tahu semua status harta penulis dan agar ia memudahkan mereka untuk sambung menguruskannya.
To date, isteri tak tahu sangat penulis ni kaya ke miskin ke gaji berapa, cuma yang dia tau apa yang dia nak semua boleh dapat. Penulis agak bernasib baik sebab isteri penulis tade gaya mak datin. Biasa-biasa saja. So apa yang dia nak tu tak seram sangatlah.
Now, imbas kembali faktab sejarah. Dulu masa arwah pak mertua pergi tiba-tiba, agak kelam kabut kami nak teka-teka password dia. Nasib baik dapat teka dan semua password sama.
Penulis masih ingat lagi waktu nak delete Facebook dia, masa nak click delete, Facebook tanya, u confirm ke nak delete sebab u akan miss dia.
Now, penulis tanak anak-anak atau isteri susah nak main teka teki, so penulis tulis siap-siap dalam buku kecik ni.
Apa dalam EYE
Semua credentials dan details, selagi ada. Core dia adalah Username, Password. Contoh :
- Online Banking, eg Maybank, HSBC, Citibank etc
- Crypto related, eg Kraken, Nano Ledger, Seed
- Manual dan procedure nak perform transaction etc
- Dan lain-lain rahsia alam
Kenapa EYE sangat penting?
Pertama, kita tak tahu bila kita pergi meninggalkan alam ini. So sebagai preparation, kita buat lah apa yang patut agar memudahkan orang yang tersayang.
Kedua, isteri penulis tak berapa faham crypto. So semua benda penulis tulis dalam tu kalau jadi apa-apa dia tak gelabah. So melalui EYE, dia boleh login semua account dan perform transaction untuk pindahkan asset.
Anyway, in term of mobility pun, penulis dah letak RM300K dalam bank account dia untuk mudahkan cara so dia ada xs cepat kalau nak survive setahun sementara nak pandai belajar crypto. That’s why fintelligent ni wujud.
Ketiga, in case kami berdua pulak yang pulang serentak, so at least anak penulis ada tempat nak refer. Selain dari web ni untuk depa baca dan belajar, semua credentials ada simpan elok. Tapi penulis ada tulis note dalam tu untuk jumpa sapa supaya dia boleh belajar dengan cepat. Meaning BFF penulis lah. At least dia tahu basic principle semua. Untuk ini juga, penulis dah inform kawan penulis tu. Anak penulis sekarang kecik lagi, baru reti naik basikal tade roda.
Simpan EYE di mana?
Kalau boleh nak belajar ilmu Dr. Strange tu buat bulat-bulat, keluar portal ke tempat lain. Namun kita bukan ahli sihir.
Kalau orang lain jumpa?
Kalau dia tahu bahasa sanskrit dia boleh baca. Kalau takat meleys, english, sorry la. Lepas tu ada code la nak baca. Tak jumpa key tak dapat jugak. Yang ni boleh layan filem “Prestige“.
Kenapa tak letak semua dalam online contoh dalam email?
Nak mampus? Kawan penulis pernah hilang 4 BTC sebab ada orang hack password gmail dia kemudian request lost password Luno. Lega member.
So kalau ini pun boleh berlaku, apa lagi benda-benda lain contohnya 24 seed wallet kita.
Ada buat copy ke incase EYE ni hilang?
Ko tengok mata Sauron tu satu ke dua? Basically EYE ni level kepentingan dia sama macam konek kita. So pepandailah.