Full Time vs Part Time Trader

INTRO

Sampai satu masa kita rasa macam boleh pergi jauh dalam trade ni. Hence, kita mula terfikir. Aku ni nak jadi full time trader ke? Nak kerja mengadap boss, jem, menyampah. Tapi boleh survive ke nanti?

Part Time Trader

Sebelum kita terus ke bab Full time, ada baiknya kita tengok apa cerita tentang Part time trader dulu. Part time trader, bagi pendapat penulis, boleh dikategorikan kepada dua.

Pertama, Part Time Trader Kategori Hobbyist.

Ini adalah trade part time, tapi secara hobi. Meaning, trade bila ada masa lapang. Kalau busy, tak trade. Kalau free, trade. Macam kumpul stem zaman dulu. Masa lapang banyak tatau nak buat apa, so start kumpul stem. Dah besar ni, kadang-kadang ada masa lapang so sebab buka Netflix tatau nak tengok cerita apa, kita trade.

Kedua, Part Time Trader Kategori Tegar.

Ini adalah trade part time, tapi consistant dan tegar. Namun belum sampai tahap full time sebab masih ada kerja hakiki. Maksudnya, dalam masa tengah kerja (atau buat bisnes), kita trade. Dan trade kita ni kita anggap macam kerja kedua kita.

Kesimpulan dia, biasanya Part Time Trader ni mula sebagai hobi, lepas tu bila dah seronok dan dapat feel, dia mula jadi upgrade dari hobi kepada 2nd job.

Full Time Trader

Now sekarang bab full time. Bila turning point daripada Part Time jadi Full Time?

Bila income trade lagi banyak dari income kerja. Lepas tu ditambah dah letih kerja (atau berniaga) dan rasa dengan aktiviti trade, kita lebih mindfulness dan banyak masa dengan anak bini.

Maka mula fikir nak resign dan fokus serta all in untuk jadi Full Time Trader.

Adakah ini bagus? Basically memang bagus sebab menjadi Full Time Trader, anda menentukan nasib hidup anda sendiri. Nasib anda bukan ditentukan oleh Boss anda.

Namun begitu, jangan lupa risk assessment dan kiraan bagai sama ada confirm boleh pergi tak kembali (tak kembali bukan maksudnya mati atau kawin dengan orang bunian) tapi confirm takkan update resume dalam linkedin atau browse jobstreet.

Bila masa terbaik untuk jadi Full Time Trader?

Anda sendiri yang patut dan wajib tahu bila. Anda yang mempunyai jawapan itu.

Adakah Full Time Trader satu pekerjaan?

Kalau definisi perkerjaan anda adalah dapat gaji bulan, then Full Time Trader juga satu pekerjaan.

Definisi Full Time Trader bagi penulis adalah sedikit berbeza. Penulis menanggap Full Time Trader adalah satu perniagaan.

Apabila ia satu perniagaan, ia perlu diteliti dengan lebih detail kerana bila kita berniaga, kita tak mahu rugi. Kita berniaga sebab nak untuk. Bila kita berniaga, kita nak 100X modal kita.

Mindset kita bukan lagi bulanan tetapi dah pergi kepada quarterly dan seterusnya yearly.

Apabila menganggap Full Time Trader satu perniagaan, kita akan lebih berhati-hati dalam sesetengah tindakan.

Pekerjaan akan menjadikan anda seoranng worker atau kuli manakala pernigaan menjadikan anda seorang owner.

Owner, boleh buat apa ikut suka dia. Bekerja, terhad kepada macam-macam hal. Walaupun dasarnya kedua ini anda seorang diri, namun mindset menyebabkan profit anda berbeza.