I’m the Bank : Ledger Nano

INTRO

Di dalam artikel ini, penulis akan kongsikan semua hal pasal Nano Ledger dimana ia adalah ibarat bank kita sendiri. Maka bila ia adalah bank kita, adalah sangat penting dimana kita take care bank kita ni paling utama tak kena crypto heist.

Duit dalam bank ada insured. Crypto tade boh. So level kita jaga asset kita, mesti lagi up dari bank.

BILA PENULIS BELI NANO LEDGER?

Penulis beli tahun 2017 dari seorang brader yang duduk di Seri Kembangan. Brader ni main coin dari zaman Bitcoin sen-sen. Dekat Seri Kembangan sebenarnya banyak millionaire cuma depa ni duduk senyap-senyap low profile.

Sebelum beli penulis dan kawan check dulu background brader ni, so didapati dia memang distributor Nano Ledger waktu tu.

Penulis beli Nano Ledger S.

Pada hujung 2019, penulis beli lagi Nano Ledger ni tapi Nano Ledger X. Dia canggih sikit dari S, dan penulis beli direct dari website Nano Ledger.

Penulis beli 3-4 ketul, then jual kepada kawan-kawan yang nak, selain simpan satu untuk backup in case Nano Ledger X penulis hilang atau rosak ke apa.

Disebabkan beli online dari oversea, ada tax kena bayar. Tak ingat berapa ratus tax tapi macam tinggi juga.

Ini Nano Ledger X.

Skrin dia besar terus penuh berbanding Nano Ledger S.

BERAPA HARGA MENATANG NI?

Ni screenshot. Kalau nak selamat, beli dari web depa. Kalau ada berani, beli la kat lazada atau shopee.

ADA UNBOXING TAK NAK TENGOK DALAM KOTAK?

Ni video.

KENAPA PILIH LEDGER BERBANDING LAIN

Sebelum penulis decide Nano Ledger, penulis dah kaji Trezor dan juga Keepkey. Kenapa tak amik Trezor sebab bentuk dia macam kunci kereta which is penulis tak suka, manakala Keepkey agak besar tak boleh sorok dalam poket. Penulis juga minat dengan interface dan design Nano yang lebih minimalist dan simple.

Untuk detail ayat marketing, boleh baca sini.

APA BENDA BASIC NAK KENA TAHU TENTANG LEDGER

Dibawah ini adalah beberapa benda yang nak kena tahu tentang ledger.

1. Startup dari France

Company yang buat ledger ni adalah dari France mula tahun 2014. Value company ni pada June 2021 adalah USD$1.5 B. Brand Vision company ini adalah Resilience by design.

2. Jumlah pengguna

3 juta orang seluruh dunia melalui Tech Crunch.

3. Ledger Nano adalah hardware wallet

Bila main crypto mesti tau beza antara hot wallet dan cold wallet. Basically hot wallet adalah software based, cold adalah hardware based. Mana lagi secured? Cold wallet.

4. Bila beli, macam mana nak tau yang Ledger kita asli, selamat dan tak compromised?

Make sure masih dalam plastik, lepas tu pulak, 12 / 24 seed phrases tu anda yang set sendiri. Kalau dia datang dengan list 12 / 24 seed phrases, meaning orang lain dah rogol ledger anda.

Apa benda 12 / 24 seed phrases ni? Ia adalah recovery password atau secret key. Kalau ledger kita (atau cold wallet kita) hilang, so kita beli yang baru, retrieve balik dari blockchain guna recovery password ni. INI SANGAT PENTING DAN KRITIKAL, KENA TAHU. JANGAN LETAK 12 / 24 seed phrases ni dalam ONLINE sama ada gambar, spreadsheet, email kat diri sendiri etc bagai. Orang lain dapat, hang lega. Satu lagi PRIVATE KEY. JANGAN SHARE.

Now, dipendekkan cerita, ini video paling senang nak paham kalau anda beli Nano Ledger X.

Now, dah habis layan video mat jambang yang ada 9 BTC ni, boleh terus ke web ledger untuk tengok step by step cara dia kalau masih tak paham atau tengok video official bawah ni.

5. Kalau Nano kita hilang, coin kita hilang tak?

Coin tak hilang sebab bukan duduk dalam Nano. Coin duduk dalam blockhain. Beli Nano baru, then connect balik pakai 12 / 24 seed tu. Itu pasal seed ni jangan bagi orang dapat.

Ini adalah video macam mana nak connect balik kalau Nano hilang dan anda ada beli Nano baru. Basically, lagi bagus anda ada 2 ledger. Boleh beli backup pack, ada dua piece.

6. Macam mana kalau company Ledger tu yang bankrupt?

Beli wallet hardware lain dan connect balik guna seed. Asalkan wallet hardware tu support BIP39 / BIP 44 confirm boleh.

Senang cerita, kalau Ledger bankrupt, tukar ke Trezor. Tapi sementara nak tunggu dapat Trezor, boleh pakai Exodus.

Now let say satu hari ntah kenapa, perang berlaku kat Malaysia. Kita nak lari ke oversea.  Sekali kat airport Nano kita kena rampas. So jangan risau. Sampai kat oversea, beli Macbook baru dan install Exodus. Connect balik guna seed. Ada masa, beli balik Nano.

7. Dulu penulis ada Nano ni tapi penulis rasa penulis ada share 12 / 24 seed dalam google spreadsheet. Penulis seram. Camna nak buat?

Mula2 beli Nano baru, fresh. Then, setup macam biasa. Kemudian, Nano lama tu, transfer semua coin masuk ke Nano baru.

Apa nak buat dengan Nano lama? Reset Factory. So sekarang anda ada 2 Nano, boleh buat Nano lama as backup.

Macam mana nak factory reset? Masukkan password 3 kali, Nano akan wipe up, dan reborn baru.

8. Penulis lupa pin nak masuk Nano X penulis. Canne?

Reset factory. Then, panggil balik guna 12 / 24 seed. Meaning kena stand by recovery seed tu kalau tak semua coin hilang.

MACAM MANA NAK JAGA 12 / 24 SEEDS? KALAU TULIS KAT KERTAS TAKUT REPUT

Itu pasal kena ada cara lain. Bayangkan tetiba satu hari konon nak show off seed kat anak supaya anak faham, last sekali anak amik rendam dalam pampers. Dakwat turun, takleh baca. Lega.

Penulis simpan seed dalam steel case. Penulis pakai yang ini. THE BILLFODL.

Boleh caya ke menatang ni tahan kiamat? Tengok video bawah ni.

Tapi ada yang lagi up. Baru punya masa zaman penulis tade.

Tapi kalau nak simple, banyak options ada.

Ini video marketing dia.

SCAMMER, HACKERS MESTI MAU HACK NANO KITA. APA CARA KITA NAK PREVENT?

Berikut adalah antara cadangannya.

1. 12 / 24 seed recovery

Ini adalah nadi pada hardware wallet anda atau Nano tu. So ini mesti mau jaga betul2. Jangan sekali-kali wassap, email, dropbox ke. Pendek kata, jangan bagi dia masuk alam ONLINE. Make sure sentiasa OFFLINE.

Lagi hebat, hafal.

Meaning, dari DIRI SENDIRI, JANGAN EXPOSE SEED.

2. 12 / 24 seed recovery

Kedua, DARI ORANG LAIN, JANGAN EXPOSE SEED. Ini biasa berlaku dari luar misal kata, konon dari Ledger tu sendiri mintak seed. JANGAN.

Itu aja tips dia. Lain tade.

DENGAR COMPANY LEDGER TU SENDIRI KENA HACK? CANNA?

Memang betul, depa punya database pembeli, kena hack.

Kesan dia, kalau ikut pada pengalaman penulis, lepas dari incident ini, telefon penulis dihujani dengan panggilan dari UK, SWEDEN, SINGAPORE dan lain-lain negara.

Tapi penulis tak angkat pun. Apa kita ingat Angelina Jolie call kita? Now, data breach memang berlaku pada company. Ini tak boleh nak buat apa. Namun yang penting, apa yang depa dapat dari data itu?

Untuk mengetahui ini, kita kena tahu, apa yang company Ledger, amik data dari kita.

Now boleh baca detail apa Ledger cakap pasal incident ini.

LEDGER NANO X NI SKRIN BAPAK KECIK. MACAM MANA NAK TRANSFER COIN SEBAB SAYA RABUN DEKAT DAH TUA?

Setiap Nano ada pair dengan Ledger Live. Hat ni boleh install dalam telefon atau laptop.

Ledger Live adalah interface dia atau GUI yang memudahkan kita untuk transfer coin atau terima coin. Namun begitu, bila kita nak transfer, kita kena verify pakai Nano X kita. Terima takpe tak payah Nano X.

Meaning, hari-hari kita tengok Ledger Live kita sambil senyum. Tak payah lah nak bukak peti besi nak usung sana sini Nano X tu. Unless kalau nak send coin tu lain cerita.

So apa boleh buat dalam Ledger Live?

  • Tengok balance
  • Beli / Jual coin (partner dia Coinfy)
  • Staking
  • Swap coin jadi coin lain
  • Lend / borrow

Detail pasal Ledger Live, klik sini.

KESIMPULAN

Now, take out yang paling penting adalah, bank kita ni, bukan Ledger Nano harware tu tapi adalah 12 / 24 seeds. Ini adalah hakikat sebenar-benarnya sebab kalau Nano S ke X hilang, atau company ledger bankrupt,  kita still boleh retrieve pakai hardware brand lain.

Inilah bank kita. 12 / 24 seeds. Protect, bank kita.