INTRO
Semalam ada member tanya penulis, hari tu dia plan nak start trade, dia beli coin. Sekali coin crash jatuh 40% namun dia tak sempat pun nak trade. Now dia nak buat apa?
Katakan dia beli 1 Bitcoin dengan modal RM264,320 / USD 64 K. Namun bila nak start trade, harga bitcoin jatuh separuh hingga RM156,940 / USD 38,000.
Tunggu sampai Bitcoin naik balik, atau cut loss, then start trade dengan apa yang ada?
Jawapan
Ada 3 options.
Kalau dia cut loss dan start trade dengan capital USD 38 K, dia dah rugi USD 26 K. Agak banyak tu. Kalau sanggup telan USD 26 K silakan, namun ini bukan tindakan yang cerdik.
Kalau dia tunggu, dah membazir masa. Sebab tak tahu bila Bitcoin nak naik balik ke USD 64 K. Boleh tunggu, sementara tu main ping pong, atau ulang alik singapore johor, atau buat paper trade. Namun kita semua tahu yang kita bukan orang yang sabar sangatlah.
Now, option ketiga adalah yang paling sesuai. Guna 1 BTC tu untuk trade cara buy dip.
Meaning, instead of plan asal nak trade besarkan capital USD, buy low sell high, beli BTC USD 64 K then nak jual USD 70 K nak amik untung USD 6 K, trade begini :
Sell 1 BTC then beli balik bila harga BTC makin jatuh. End up, BTC makin bertambah. Instead of matlamat nak besarkan capital USD, besarkan capital BTC.
Ulang sampai satu hari 1 BTC = USD 64K, then pada waktu itu, jumlah BTC sepatutnya telah bertambah lebih dari 1 BTC. Meaning, capital USD 64K, telah membesar.
Ini kita panggil BUY DIP. Sell High, Buy Low.
Penulis punya hal
Penulis pun sebenarnya mengalami masalah yang sama. Masa penulis nak cuba Token Metric, penulis telah membeli beberapa coin dengan nilai USD55K. Namun kerana huru hara nak cuba faham Token Metric, at the end of the day, harga crash tak sempat nak trade. Dah lah USD55K ni penulis loan dari Celsius dengan cagaran Bitcoin penulis. Cilakak betul. So Bitcoin penulis lock kat sana sekarang.
Ini list coin yang penulis beli.
Untuk menjawab persoalan atas tadi, kita tengok Ethereum.
Jumlah Ethereum yang penulis beli adalah 2.97 ETH. (0.43. + 2.54). Modal adalah $13,964. Now penulis dah start trade untuk besarkan capital Ethereum ni harap boleh cecah 2X iaitu 2.97 x 2 = 5.94 ETH.
Namun begitu, sebab kadang-kadang ada nak pakai duit, maka ada withdrawal untuk beli something. Tak kisahlah tu. Janji long term boleh cecah 5.94 ETH.
Bila Ethereum naik balik $4600 atau $4715 esok ntah bila (market crypto around 3.5 T) kalau penulis dah berjaya kumpul 5.94 ETH, value capital USD ketika itu dah 2X, iaitu $27,324. Modal asal, $13,964.
Settle ya, harap faham. Ethereum ni penulis trade sell high buy dip. Sama macam penulis trade Polkadot.
Now ini strategi tambahan. Selain dari buy dip sell high buy low, untuk Bitcoin, penulis Hodlr terus, letak di Celsius. Kalau Bitcoin naik sampai $120K (market crypto 6 T), value Bitcoin 0.21 ni dah $25 K. So modal asal semua $55 K, dah ada $25 K, balance tinggal $30K.
Mana nak dapat lagi $30K? Tadi Ethereum 5.94 ETH tu… Basically Bitcoin hodlr + Ethereum Trade = USD55K, so boleh bayar balik loan di Celsius dan dapat tebus balik Bitcoin yang dicagar.
Now, asal cagar Bitcoin di Celsius amik $55K sebab nak buat trade. Buat trade mesti mau untung. So tinggal lagi 2 kategori coin.
Untuk Luna dan Polkadot, ini memang penulis Stake sebab nak faham ekosistem Luna dan Polkadot. So dua coin ni sama konsep Hodlr, cuma tambah stake. Profit dia tak besar sangat sebab jumlah stake tu sikit, tapi game plan dia esok bila harga dua ekor ni pulih sediakala, jual je la then fikir kemudian. Eitherway tak rugi apa kecuali masa sebab capital tak gerak. Untung sikit je iaitu staking rewards. Kalau Bitcoin + Ethereum punya misi berjaya, yang ni consider profit semua.
Now pinjam $55K nak buat modal trade, so kenalah trade. Maka untuk modal trade, penulis akan convert Decentraland, Aavegotchi, Litecoin dan Tron kepada USD.
Modal asal $21,335 kalau convert sekarang jadi $10,332. Rugi hampir separuh.
Now, $10,332 ni beli Polkadot, dapat dalam 618 dot. Masukkan ni dalam capital trade polkadot penulis, trade macam biasa.
Lusa ntah bila kalau Dot naik balik $37.60, value 618 ni (kalau tak rugi la) adalah $23,261. So minus balik modal asal $21,335, ada untung $1925.
Ada lagi profit halus iaitu staking reward daily in case tak trade, pastu profit dot baru hasil trade.
Ini illustration detail untuk semua :
Kesimpulan
Pinjam $55K dari Celsius, cagar BTC (tak ingat berapa rasa 2 BTC),
a. Hodlr 0.21 BTC, sell bila $120K dapat $25K
b. Trade 2.97 ETH jadi 5.94 ETH, bila price $4600, dapat $30K
c. Stake Luna, Polkadot, kalau a & b benar, c = profit
d. Covert balance coin to 618 Polkadot, trade. Bila price $37.60, value 618 Polkadot = Capital asal balance coin
Estimation Profit,
c, iaitu 45.69 Luna + 43.94 Polkadot
d, 618 Polkadot yang di trade untuk besarkan capital Polkadot + profit trade polkadot tu sendiri + staking rewards
Semua ni hanya boleh dikira secara rasmi bila a + b = benar dan BTC yang dicagar di Celsius dah collect balik.
Anyway benda ni kena gerak cepat sebab tiap-tiap bulan ada bayar interest di Celsius.
Trade Progress
Rujuk dalam trade log / trade index