INTRO
Penulis bekerja dengan orang cuma dalam 4 atau 5 tahun sahaja selepas grad. Selepas itu, penulis terus mula berniaga dengan modal RM20K pinjam duit mak sendiri.
Now, KWSP untuk orang yang bekerja sendiri atau self employed adalah tidak wajib. Kerana ia tidak wajib, penulis tidak potong KWSP. Kalau sekarang rasa macam bodoh dan rugi, tapi kerana kebodohan dulu itu diganti dengan kebijaksanaan manusia mencipta kripto, penulis alhamdulilah, bersama dengan partner penulis, ada simpanan KWSP. Tapi kami namakan KWSV atau nama penuh,
Kumpulan Wang Simpanan Vitalik.
KWSV : Kumpulan Wang Simpanan Vitalik
Skim pencen ini dinamakan KWSV : Kumpulan Wang Simpanan Vitalik (ala-ala KWSP) sempena mengambil berkat pencipta Ethereum muka tak hensem tapi betul-betul kaya, Tun Vitalik Butherin.
Tun Vitalik Buterin adalah pengasas Ethereum. Ketika artikel ini ditulis, Ethereum adalah crypto currency kedua terbesar dalam dunia selepas Bitcoin, dengan coin dominance 19% dan harga 1 Ethereum = USD$4,552 / RM19K.
Dibawah ini adalah antara video terawal Tun Vitalik menerangkan Ethereum dalam masa 3 minit. Video pada 29 Julai 2014.
Apa beza Bitcoin dengan Ethereum?
Bitcoin adalah emas, a storage of value. Dulu-dulu orang ingat Bitcoin nak jadi duit digital. Salah tu. Dia adalah emas digital. Meaning, kalau kita ada Bitcoin, jangan sekali-kali kita jual. Kita kena cari jalan lain untuk cairkan capital dari Bitcoin yang kita ada contohnya kita cagar Bitcoin kita untuk dapat capital. Macam orang pergi pawn Ar- Arahnu.
Manakala Ethereum, oleh kerana Bitcoin adalah emas, orang anggap Ethereum adalah silver atau perak. Pun salah juga. Ethereum adalah digital oil. Meaning, nak jalankan sesuatu (apps), kena ada sumber. Ethereum adalah sumber itu.
Teras Utama KWSV
KWSV menggunakan Ethereum sebagai teras utama. Ini adalah kerana pada waktu penulis dan partner buat KWSV, kami buat mining. Sebabkan pool mining BTC dah sesak waktu itu dan melalui pengiraan, hasil dia sikit berbanding Ethereum, maka kami decide untuk buat mining Ethereum.
Kertas Kerja KWSV
Oleh kerana penulis dan business partner penulis tak berapa nak cukup modal untuk buat mining, maka kami minta bantuan kawan-kawan rapat yang dipercayai untuk invest sekali. Namun daripada ramai-ramai, cuma seorang yang bantu. Terima kasih tuan. Semoga Allah balas jasa tuan dan beri tuan kesihatan, kekacakan serta bini nombor dua.
Ini adalah screenshort proposal waktu itu. 3 page.
Sejarah
Ideation dan pre deploy adalah seawal Jan 2017. Internal deploy April 2017. Deployment besar-besaran buka untuk kawan join rasanya Jun 2017. Asal target nak buat mining sampai 2022, tapi cuma bertahan beberapa bulan sahaja, September dah kiamat.
Now, ini cerita dia.
1. Modal
Masalah utama adalah untuk mendapatkan modal buat mining. Modal utama adalah nak setup machine, which is nak beli graphic card main dia. Kos sebijik machine adalah sekitar RM15 K dengan 5 atau 6 graphic card, penulis dah lupa.
Total modal yang kami keluar adalah sekitar RM73 K, to be specific, RM72,741.56.
Projek macam ni takkan bank nak bagi loan, dan nak dapatkan loan dari bank zaman tu, kami tak berapa nak kuat. Option last adalah kawan-kawan rapat, itu pun daripada ramai-ramai hanya seorang yang beri. Hantar proposal pada dia bulan Jun, bulan Julai start untuk dia satu machine.
Sebiji machine kos dalam RM15K – RM20K, akhirnya kami ada 9 machine, satu investor punya. Sebab penulis dan partner adalah fan boy Starwars, (masa bujang dulu dalam bilik partner penulis ada berhala storm trooper dia letak belakang pintu. Bila lalu berhala ni akan cakap, Freeze fakyu )kami namakan machine pertama kami A New Hope sebagai tanda harapan baru untuk masa depan yang cemerlang.
Machine yang seterusnya mengambil nama watak atau nama filem yang ada nombor. Contoh machine ke 9, dinamakan District 9.
2. Mining Location
Masalah kedua adalah lokasi nak letak machine mining. Apa yang perlu diambil kira adalah dari segi security, suhu dan kos elektrik.
Setelah berfikir panjang, penulis dan partner membuat satu bilik khas di office sebagai satu bilik mining. Kami terpaksa tambah aircond untuk pastikan suhu machine sentiasa sejuk dan graphic card tidak terbakar. Ini adalah kerana machine akan bekerja 24 jam sehari tanpa berhenti. Namun begitu, ada incident yang graphic card terbakar dalam pada aircond dah macam eskimo + kipas lagi.
So ada kos aircond dan space, selain electric. Tapi sebab office sendiri, kami absorblah.
3. Graphic Card
Ada specifikasi tertentu bagi graphic card, meaning bukan semua boleh buat. Penulis tak ingat jenis apa sebab bab teknikal ni partner penulis yang settel.
Tapi yang penulis ingat, kami ke lowyat untuk cari graphic card ini dan rata-rata, graphic card memang cepat habis. Belum sampai orang lain dah booking.
Tapi kami dapat beli juga tak ingat berapa. Yang ingatnya first time beli barang di lowyat dapat air mineral. Balance graphic card kami beli di JB dan Penang.
4. Mining Apps
Tak silap penulis, kami pakai nanopool. Setting semua partner penulis buat. Kami boleh monitor dari rumah kalau machine down. Rasa macam ada staff robot AI buat kerja siang malam. Kalau down, penulis akan ke office untuk restart machine sebab rumah penulis dekat dengan office waktu tu.
5. Google Spreadsheet
Bagi kerja-kerja eye : research, reporting, monitoring dan log etc, penulis guna google spreadsheet. Ini screenshot. Ini adalah master data atau info.
Research,
Detail dan kos sebahagian machine,
Setup notes bagai, yang ni takleh screenshot sebab ada password etc.
Contoh log mining sebulan, ini buat manual kira hari-hari.
Hasil Mining,
Now, yang kawan kami invest tu dia beri RM15K pada bulan Jun rasanya so kami setup satu machine untuk dia nama District 9. Bila project stop, beliau dapat hasil 3.18 Eth. Hari ni dah lebih dari balik modal. Value 3.18 ETH ketika artikel ini ditulis adalah sekitar USD$14.4K = almost RM60K.
Punca Project Kiamat
Kami sempat run mining ini dalam 6 bulan sahaja kemudian decide untuk stop. Jumlah ETH yang berjaya dimining adalah 75 ETH.
Kenapa terpaksa hentikan mining? Value ETH jatuh maka hasil mining tak dapat bayar kos elektrik. Seingat penulis, sebulan kos elektrik adalah RM6K. Sebab kami dah tak ada capital untuk top up kos, so kami berhenti.
Kami ada terfikir nak curi elektrik, tapi bila fikir-fikir balik, risiko dia besar. Kami bukan jenis suka nak langgar undang-undang. Semayang punya orang maaaaa….
Tapi kalau kami ada duit dan bayar dulu kos elektrik, rasanya hari ni lagi banyak ETH yang ada.
Mana 75 ETH ini sekarang?
Partner penulis dah withdraw dari hot wallet dan simpan dalam Nano Ledger beliau. Dia saja tanak transfer pada penulis sebab dia takut penulis enjoy.
So penulis anggap ini adalah KWSP penulis, atau KWSV, dimana sepanjang penulis buat business dengan partner ni kami tak potong KWSP.
Berapa ETH seorang?
75 – 3.18 ( the only investor kawan kami)
= 71.82
Bahagi 2,
35.91 ETH.
Berapa value ETH ini sekarang?
35.91 = RM679 K
Berapa % keuntungan?
Modal semua adalah, RM72,741.56.
Jumlah ETH, 75 = RM1,418,604.72
% Profit = 1950%
Berapa projection ETH bila market crypto 11.4 T? (= marketcap Gold)
Dijangkakan 1 ETH = USD$19,069, so 75 ETH = USD$1,430,175 atau bersamaan RM5,949,528.00
Seorang ada KWSV 35.91 ETH = USD$684,767.79 atau RM1,646,07.64.
Investor kawan rapat yang percaya dengan visi dan misi kami dan sanggup beri RM15K,
3.18 ETH = USD$60,639.42 = RM252,259.99.
Berapa projection ETH bila market crypto 44 T? (= 1 BTC adalah USD1 M)
Dijangkakan 1 ETH = USD$73,616.82, so 75 ETH = USD$5,521,261.5 atau bersamaan RM22,968,447.84
Seorang akan dapat USD$2,643,580 = RM10,997,292.80 manakala kawan kami, USD$234,101.48 atau RM973,862.19.
Invest RM15K, dapat almost RM1 M, gila.
Kalau potong KWSP dulu, boleh dapat sampai RM11 M tak?
Gaji waktu tu penulis amik RM13K. Caruman KWSP 9% + 12%, so dalam 21%. So saving KWSP patutnya RM2,730.
Untuk dapat total saving RM11 M, kena simpan atau kerja. 4,029 bulan atau 335 tahun. Ok la tu. Penulis tergolong dalam golongan highlander. Kena pancung kepala baru meninggal.
Akan datang nak buat mining lagi tak?
Tak. Kalau anda nak buat penulis tak suggest. Better go for Staking pada coin-coin POS instead of POW.
Ini adalah kerana banyak faktor atau kos yang berkaitan kalau nak buat mining. Capital kena invest jadi machine, plus macam-macam kos letrik aircond bagai.
Kalau ada capital, better go for staking. Capital jadi capital untuk stake. Lagi senang dan tak pening kepala.
VISUAL SUMMARY
KESIMPULAN
Alhamdulillah, KWSV penulis untuk guna masa tua esok dah ada. Value kalau marketcap crypto pergi USD44 T, adalah RM11M. Mengikut ramalan Kiyai, 44 T ni lagi 5 tahun ke 10 tahun dari 2021.
Kalau betul, apalah sangat spend RM1 M untuk makhluk bawah ni.
Next adalah untuk setup fund bagi memastikan penulis ada pencen bulanan. Itu baca GPF : Skim Pencen Dr. Gavin
KESIMPULAN 2
Penulis meniaga buat servis multimedia IT lepas kerja dengan orang. Company ni penulis start 2003, kiamat pada 2017. Dalam 14-15 tahun jugak. Macam-macam projek kami buat range dari RM25K ke RM1.2 M sampai patah balik hingga ke RM5K.
Bila fikir balik takde duit simpanan apa pun sebab duit semua belanja untuk bayar gaji staff, operation etc. Nak beli Audi pun takut masa tu sebab daripada beli Audi, baik bayar gaji staff.
Rupa-rupanya, dalam 14-15 tahun berniaga, ada 6-7 bulan yang fokus buat benda lain yang tiada kena mengena dengan multimedia dan IT. Benda yang future related.
Dan benda ini yang bagi pulangan dari segi monetary, paling tinggi. 14-15 tahun berniaga simpanan zero. 6-7 bulan fokus, simpanan 35.91 ETH, boleh pergi dari RM45K kepada RM11 M.
Tapi kalau tak start meniaga pulak…. maybe tak jumpa jalan mining ni.
Semua benda ada sebab, dan jalan cerita ini, adalah jalan cerita Allah yang Maga Segala.