Lagu Tema

Intro

Buat benda mesti ada music. Music ni pulak, mesti ada connection dengan kita. Sebab bila kita menghadapi jalan sukar, selain mengadu kat Big Boss, kita dengar music untuk tenteramkan jiwa.

Makanya, ini playlist music dalam pengembaraan ini. Kira cam OST la. Mana tau esok-esok kawan penulis yang buat filem nak buat filem pasal ni, so dah tak yah pening kepala cari soundtrack.

1. Interstellar Main Theme

Since target journey ni adalah Financial Interstellar, so agak tak sempurna kalau tiada lagu official dari filem Interstellar. Ini pilihan penulis. Lagu ni kira lagu overall atau basis pada semua yang ada dalam blog ni.

2. Keranamu Malaysia

Lagu ni penulis suka sebab lirik dia, “Pakar IT Pakar Ekonomi, Jaguh Sukan dan juga Jutawan”. Line ni memang deep dengan penulis. Bukan senang nak jadi Pakar IT + Pakar Ekonomi + Jaguh Sukan + juga Jutawan combo one set.

Kira kalau ada anak dara jumpa lelaki macam ni, kalau dia tolak pinangan lelaki ni memang tatau nak cakaplah matematik anak dara ni. Sia-sia pergi sekolah ngan buat kerja rumah.

But then itu cuma intro sahaja atau surface. Sebab utama lagu ini jadi pilihan penulis adalah kerana Malaysia semakin hari semakin ketinggalan berbanding jiran kita. Penulis ada dapat satu whatsapp ni yang realitinya, lebih teruk dari yang kita sangka.

Banyak faktor menyebabkan Malaysia semakin mundur, salah satunya adalah pemimpin kita. Arwah Auntie penulis pernah berkata, “We are led by monkeys. That is the different between Malaysia and Singapore”.

Key take out is : Malaysia memang makin mundur. Tapi kita, jangan sesekali.

3. When I Go

Dalam hidup ni, peluang takkan datang banyak kali. Esp. peluang yang out of the world atau beyond pemikiran kita sebagai manusia biasa.

Now, macam mana nak tahu peluang tu lain level atau bukan biashe-biashe? Bila opportunity yang datang is bundle dengan divine intervention. Itu adalah yang kita kata, opportunity doesn’t knock twice. Yes, if you don’t have opportunity knocks your door then you can build the door, but then are we capable enough to build the door?

Ini lagu the point of no return. Agar mengingatkan penulis bahawa jangan sesekali mensia-siakan peluang yang ada dalam hidup.

4. Space Oddity

Lagu ni lagu lama, namun dipopularkan balik dalam filem The Secret Life of Walter Mitty. Dalam filem tu lagu ni adalah tipping point atau point of no return bagi seseorang untuk take action nak buat atau tidak.

Kita sebagai manusia kadang fikir terlalu banyak bila nak decide sesuatu benda, sampai kadang-kadang last sekali kita tak. buat. pun. Actually,  the biggest risk is not taking risk at all.

5. Man on a Mission

Satu hari on the way balik dari mana ntah, penulis dengar spotify macam biasa. Yang tak biasanya penulis on mode auto dimana spotify suggestkan lagu apa. So ada satu lagu ni keluar sebaik sahaja lepas partner business penulis call bagitau yang ada potential buyer nak beli business kami.

Lagu ni bertajuk : Another Level.

Lagu memang sedap, mantul dan sangat kena dengan feel waktu tu. Cuma lirik dia agak macam amboi kemain kau. So penulis pun tengok band ni saja nak dengar lagu lain yang depa ada. Nyata, ada satu lagu yang memang sswai dengan penulis untuk mode Financial Interstellar ni.

Ini video official dia. Atas tu tribute je, dia amik Bond punya movie. Bond hat ni memang deep dengan penulis. Tatau pasaipa.

6. Sampai Jadi

Buat benda jangan separuh hati…….

7. Legendary

Target USD$7M, so kena ada 7 lagu la. Ini lagu akhir.

Semoga terhibur.