Elitis vs Marhain. #bukanbiashe2, #havehave, atau yang paling trending sekarang : Kayangan. Ini semua adalah “label” atau kategori yang menjadi tanda ukur bagi seseorang itu sama ada dia orang yang “berada” atau sebaliknya.
Mengukur level manusia sebenarnya ada banyak thresholdnya. Terpulang pada subjek apa, namun dalam konteks kajian ini, kita akan menjurus kepada kategori manusia mengikut pendapatan untuk refleks kekayaan.
Kita mula dari bawah, hingga paling over the top.
1. Pendapatan Seseorang & Pendapatan Purata Isi rumah
Berapa purata pendapatan seorang rakyat Malaysia?
RM3,205.13
Pendapatan Purata Isi rumah, atau average income household, data 2019 menunjukkan bahawa, average income isi rumah Malaysian adalah :
RM7,901
Jika pendapatan bulanan isi rumah kita bawah dari RM7,901, bermaksud, pendapatan kita dibawah purata pendapatan semua household Malaysia.
Manakala untuk perbandingan, ini adalah data negara lain.
Singapura – RM17,011.23
Indonesia – RM703.97
Australia – RM16,646.82
Denmark – RM26,444.43
Untuk lebih detail, ini adalah pendapatan bulanan mengikut umur. Contoh, 15-19 tahun, 1.42 = RM14200.00
Satu lagi hal yang perlu diketahui adalah kategori miskin bandar dimana pendapatan adalah kurang dari RM2,208 sebulan.
2. T20, M40 dan B40
Manakala secara am di Malaysia, 32.7 juta rakyat (Data Q1 2021) atau citizen dikelaskan pada kategori berikut. T20, M40 dan B40. Ini adalah kategori paling umum untuk rakyat, daripada kaca mata kerajaan. Kategori ini diukur berdasarkan pendapatan sesebuah isi rumah.
B40 – Bawah 40% : Lower income group, pendapatan bawah RM4,850 sebulan
M40 – Bawah 40% : Middle income group, pendapatan antara RM4,851 sebulan RM10,970
T20 – Bawah 40% : Upper Class, pendapatan antara melebihi RM10,970
Namun setelah serangan COVID19, kategori ini telah berubah seperti berikut, T10, M30, B40. Ini adalah seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada hari Belanjawan Negara 2022. Meaning, ratio, telah berubah.
3. 1% Malaysia
Gaji 25K sebulan
Jika seseorang telah sampai T20 (atau T10), next level adalah mencapai 1% Malaysian Club.
Menurut Dr Muhammed Abdul Khalid, sekiranya gaji anda adalah RM25,000 sebulan, anda tergolong dalam top 1% Malaysia. Berapa jumlah 1% ini? Seramai 146,000 orang. Data 2018.
Gaji 30K sebulan, sehari RM1 K
Namun, oleh kerana ini data lama, penulis merasakan bahawa jumlah gaji yang lebih tepat adalah RM30,000 sebulan. Ini rasanya lebih sesuai kerana telah mencapai gaji sehari seribu ringgit.
Di bawah ini adalah calculator untuk melihat, adakah benar gaji RM30K sebulan, 1% Malaysia?
RM30K sebulan bermaksud, RM360K setahun atau USD$86673.89. Menurut calculator, ya, anda adalah 1% Malaysia.
Namun apakah 1% Malaysia berbanding global? Mengikut calculator ini, 1% Malaysia adalah level high income dan terdapat cuma 1.6% golongan yang sama di Asia Pasifik.
Apa selepas gaji RM30K sebulan? Sekadar rujukan, ini adalah senarai gaji top CEO di Malaysia. Data 2017.
Public Bank – Tay Ah Lek, RM2.3 juta sebulan
Sime Darby – Mohd Bakke Salleh, RM 652,416 sebulan
Tenaga Nasional – Azman Mohd, RM603,935 sebulan
Maybank – Abdul Farid Alias, RM727,916 sebulan
Petronas – Sazali Hamzah, RM84,446 sebulan
Berapa gaji Perdana Menteri?
Muhyidin Yassin – RM93,841.65 sebulan
Adakah CEO top gun dan ahli politik sahaja yang mempunyai gaji luar akal ini? Tidak semestinya.
Gaji RM1 M setahun
Penulis, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sekitar 30 orang staff membawa pulang gaji RM75,000 sebulan. Kalau campur benefits, kad kredit, kereta, minyak kereta, kad tol, rasanya sekitar menghampir RM85,0000 sebulan atau RM1 M setahun.
Ini bermaksud, tidak perlu glamour atau mempunyai kuasa, join political party untuk menjadi 1% Malaysia, malah menjadi golongan high income global. Yang perlu adalah rajin, tahu kekuatan dan kelemahan diri serta meletakkan Allah ta’ala sebagai boss kita.
Gaji RM2 M setahun
Now, penulis sudah capai pendapatan RM1 M setahun. Next level adalah mencapai pendapatan RM2 M setahun. Mengikut data di Malaysia, cuma ada 2000 orang sahaja yang termasuk di dalam golongan ini.
Jika pendapatan setahun RM1 M, jumlah tax yang dikenakan adalah 28% iaitu sekitar RM280K manakala bagi yang berpendapatan RM2M, jumlah tax yang dikenakan adalah 30% atau RM300K.
4. 0.2% Malaysia – Millionaire
Ada yang lagi up dari 1% Malaysian iaitu 0.2% Malaysia Club. Namun ini bukan kategori pendapatan, sebaliknya kategori Net Worth.
Ini bermaksud, seseorang mungkin sudah menjadi 1% Malaysia namun belum lagi 0.2% Malaysia.
Untuk mencapai 0.2% Malaysian, seseorang perlulah mempunyai Net Worth USD1 M atau RM4,141,000.00. Ini bermaksud, mencapai 0.2% Malaysian, barulah seseorang boleh di-consider, seorang jutawan atau millionaire.
Kalau baru ada RM 1 juta, itu baru jutawan MYR. Belum USD lagi. Kita jangan fokus untuk jadi jutawan MYR. OK tapi tak berapa nak sedap lagi. Nanti kawan-kawan kata kita jutawan kampung. Elok-elok tenang jadi marah. Tak bagus untuk kesihatan.
Data 2019 menunjukkan bahawa, jumlah 0.2% Malaysian ini atau jumlah rakyat Malaysia yang mempunyai Net Worth USD1 M adalah hanya 0.2% iaitu 43,646 orang bertuah.
42.7% mempunyai Net Worth USD$10,000 ke USD$100,000, manakala 53.4% bawah USD$10,000. Ini bermaksud, majoriti rakyat Malaysia, Net Worth dibawah RM41,000.
Now, apabila sampai level 0.2%, anda telah tergolong dalam golongan 1% dunia.
Golongan ini dinamakan HNWi atau High Net Worth Individual. Menurut data 2020, hanya ada 56 juta orang sahaja yang sampai level ini.
Manakala paling ramai HNWi adalah di USA dan Jepun, diikuti. dengan Jerman.
5. Penta-Millionaire
Apa selepas millionaire? Penta-Millionaire. Terkini, mempunyai USD1 M masih belum cukup untuk retirement. Unless decide balik duduk kampung duduk diam-diam, itu lain cerita. Untuk keep up dengan lifestyle dan demand kehidupan #havehave, seseorang harus mencapai level Penta-Millionaire.
Berapa jumlah yang perlu ada? USD5 M atau RM20,705,000.00. Baca sini.
6. UHNWi
Manakala jika Net Worth seseorang mencecah USD$30 M, dia telah tergolong di dalam UHNWi atau Ultra High Net Worth Individual. Data 2020 mengatakan terdapat 521,653 orang yang telah mencapai level ini.
Mengikut Knigt Frank, agensi kajian kewangan terkemuka, golongan UHNWi akan bertambah ramai menjelang 2025 dan rata-rata akan muncul dari Asia dimana leadnya oleh Indonesia dan India.
7. Billionaire
Billionaire adalah bagi mereka yang mempunyai USD$1 B. Ada berapa kosong dalam 1 B? 9 kosong. Data 2020 mengatakan ada 2,755 orang sahaja dalam kelab ini.
Antara yang paling top dalam kategori ini adalah Jeff Bezos, USD$177 B dan Elon Musk, USD$151 B.
Bagaimana di Malaysia? Paling kaya, Robert Kuok – USD$12.6 B. Manakala melayu, Syed Mokhtar Albukhary – USD$1.2 B, berada di no 14 paling kaya di Malaysia.
8. Trillionaire
Yang ini bagi yang mempunyai USD$1 T. Masih belum ada setakat ini namun rasanya bakal ada. Siapa beliau? Satoshi Nakamoto, pencipta Bitcoin.
Dianggarkan value Bitcoin Satoshi Nakamoto adalah sekitar 1,125,150 BTC atau sekitar USD$66 B dengan 1 BTC = USD63K.
Jika nilai Bitcoin mencecah USD1 M pada 2030 (projection Plan B), maka Satoshi Nakamoto bakal mempunyai 1,125,150,000,000 atau USD1.1 T.
Siapa Satoshi Nakamoto?
VISUAL SUMMARY
KESIMPULAN
Mengetahui tangga kedudukan pendapatan dari segi bulanan dan akhirnya Net Worth, boleh membantu kita dalam hidup agar berusaha lebih tekun dan rajin.
Majoriti orang bermula dari bawah kecuali raja atau anak elitis, namun, tiada yang mustahil.
Penulis sendiri satu waktu dulu mempunyai Net Worth negatif. Hari ini, penulis masih L3 menuju L4, dah nak dekat global millionaire. Alhamdulillah.
Ini adalah kerana, kita akan senang kaya dan maintain kaya jika kita tahu siapa yang sebenar-benar Maha Kaya. Yang paling kaya adalah Allah tuhan kita. Pohon pada Allah agar dibuka jalan untuk mencapai target Net Worth kita. Allah akan memberi jalan dan peluang, insya Allah.
Adakah kekayaan dituntut dalam agama? Itu kita bincang next artikel.