Modal

Intro

Nak trade of course kena ada modal. So modal boleh jadi kecik atau besar depends pada keupayaan masing-masing.

Modal

Modal adalah capital duit yang kita perlu untuk start trading. Modal ni yang kita kena grow dan protect agar tak merosot.

Contoh kita mula dengan $10K. Matlamat kita trade nak jadikkan $10K ni $20K dalam beberapa tahun. Yang kita tak nak adalah daripada $10K jadi $1K.

Mana nak cari modal?

Paling basic adalah dari duit simpanan kita. Sebab simpan duit tidak akan jadi kaya. Siapa yang cakap simpan duit kaya maknanya dia nak suruh kita maintain so-so.

Nak kaya kena invest. Nak invest kena berani amik risk. Nak amik risk kena calculate risk tolerance. Apa risk tolerance? Sejauh mana kita sanggup rugi.

Dia bukannya kita kira sejauh mana kita boleh untung sahaja. Dua-dua kena kira.

Berbalik pada duit simpanan. Cara nak menyimpan ini cuma ada satu sahaja. Potong 10%-20% dari pendapatan bulanan, tunggu 10 bulan, kalau kita simpan 10%, kita dah ada sebulan gaji. Kalau 20% simpanan, 5 bulan kita dah ada sebulan gaji.

Daripada sebulan gaji ini kita mula trade secara betul. Jangan lupa, tempoh 10 bulan atau 5 bulan tadi kita dah berlatih paper trade. So basically kita dah ready dan insya allah dengan keyakinan,  kita memang boleh buat duit.

Basically ini cara paling selamat sebab kalau rugi, kita cuma rugi sebulan gaji.

Jangan fikir kita rugi masa 10 bulan atau 5 bulan tiada duit masuk. Fikir jauh sikit dimana lepas 10 bulan atau 5 bulan, disebabkan kita dah berlatih paper trade, duit masuk sampai kita mati bila trade kita berjaya.

Kalau buat loan untuk trade?

Ada orang pernah cakap yang kalau nak invest, jangan buat loan. Orang ini cakap benda yang betul. Sebab kalau kita buat loan, dan invest, kalau melingkup, kita dua kali lipat rugi.

Namun begitu, adakah trading yang kita nak faham dan hadam dalam satu buku ini satu investment?

Penulis secara peribadi melihat yang aktiviti trade penulis adalah satu business yang dikendalikan secara personal, diri penulis sendiri. Hence, pada penulis, ia bukan satu investment, sebaliknya satu perniagaan dan kerjaya.

Now, sebelum tu kena faham apa investment dulu. Investment adalah pelaburan dalam bahasa melayu. Bila kita melabur, kita bagi duit kita pada 3rd party.

Contoh kita invest dalam Unit Trust. Kita bagi duit kita pada agent untuk manage Unit Trust tu. So kalau market melingkup, agent yang akan bagitau kita lalu kita take action. Tapi kebiasaannya, payah nak jumpa agent macam ni. Sepanjang penulis main Unit Trust, agent ni rajin masa nak sign up amik duit je. Mungkin penulis tiada rezeki nak jumpa agent yang komited.

Tapi kalau invest dalam property, celah mana 3rd partynya? Invest dalam property sebenarnya kita bagi pada 3rd party juga. Kalau kita invest dalam property untuk rental, 3rd party tu adalah orang yang sewa dengan kita. Macam mana kalau tiada orang nak sewa?

Kalau kita invest dalam property untuk flip, jual dalam few years, pun sama. Kita bergantung pada bakal pembeli. Bagaimana kalau tiada orang yang nak membeli?

Take note penulis tulis ini bukanlah nak kata property tak bagus atau unit trust cam sial. Penulis sendiri ada 3 property dan RM600K dalam unit trust.

Berbalik pada trading.

Trading is a business, run by ourself. Dalam Cashflow Quadrant Robert Tiyosaki, trading consider duduk dalam kategori Self Employed. Kita kerja dengan diri kita sendiri.

Now, kalau mindset kita anggap trading adalah satu perniagaan, salahkah kita untuk mengambil loan nak buat perniagaan?

Sebab itu paper trade penting. Kita dah berlatih berbulan untuk trade. Kalau tak yakin, berlatih selama setahun untuk dapat full cycle setahun.

Perbezaan memulakan perniagaan lain dengan memulakan perniagaan trading ini adalah, yang lain anda tak boleh buat simulation. Mana ada orang nak jual barang, dia buat simulation dulu tengok barang yang dia jual tu laku ke tidak?

Hence, boleh buat loan sebagai modal nak mulakan trade, dengan syarat paper trade anda berjaya dan anda telah mempunyai risk tolerance yang anda boleh terima.

Pinjam duit FAMA?

Kalau pak ngan mak hang kaya oklah. Penulis dulu orang biasa-biasa sahaja mak abah cikgu. Duit belanja pergi sekolah cuma RM0.60 sehari.

Apa benda yang penting untuk nak faham lagi pasal modal?

Now ini adalah benda yang kita kena aware dan ambil tahu.

1. Protect Capital at all cost

Maksud dia, dalam trading, kita kena protect capital kita tak kira apa. Bagaimana nak protect capital? Cut Loss.

Cut Loss adalah satu keputusan atau decision yang ramai tanak buat sebab rasa yang market akan follow hati dia. Kepala hotak lu, lu ingat lu tuhan apa?

Cut Loss adalah sebahagian daripada game dalam trade. Kita kena tukar mindset kita yang bila kita Cut Loss, kita bukan rugi, sebaliknya kita untung.

Hanya dengan menukar mindset ini maka baru kita boleh senang hati untuk Cut Loss.

Celah mana untung kalau Cut Loss? Bukan ke kita rugi sebab makan modal? Cut Loss dalam bahasa melayu adalah Potong Kerugian (itu).

Maksudnya, daripada ko rugi lagi besar, ko stopkan kerugian ko. So kat mana ko untung? Ko untung dekat modal yang ko selamatkan dari bleeding.

Discussion lebih detail pasal Cut Loss nanti kita bincang dalam bab seterusnya.

2.  Capital mesti grow

Kita dah faham yang modal mestilah tidak merosot atau makin sikit melalui mantra, “Protect Capital”. Namun trade bukan sekadar nak protect, tapi nak impact.

Matlamat trade adalah nak membesarkan capital. Meaning daripada $10K kita nak dia jadi $20K.

Kalau takat dari $10K kita nak dia jadi $10.4K, tak payah trade. Tu simpan kat ASB lagi bagus.

Sebab tu penulis kata, kita nak impact.

3. Grow berapa banyak?

Ini target anda sendiri. Lain orang lain target. Kalau penulis, ikut apa yang penulis buat sekarang adalah nak grow dari 1,525 Polkadot menjadi 15,250 Polkadot. Penulis nak grow modal ni 10X.

Anda boleh buat target nak grow seganda, dua kali ganda, berganda-ganda…..

Yang penting adalah kesanggupan untuk mencapai target dan boleh tahan berapa lama dalam game ni.

4. Biar lambat asal selamat

Contoh nak grow $10K kepada $20K, berapa lama?

Basically ini bergantung pada kehandalan anda. Kalau handal cepat, kalau tak berapa handal, lambat atau melingkup terus.

Apa yang penulis nak sampaikan adalah, yang penting adalah kita clear berapa target kita. Dalam kes ini, nak 2X capital dari $10K jadi $20K. Yang tak penting adalah berapa lama ia akan jadi. Kalau ia ambil masa 2-3 tahun pun apa ada hal? Itu dah kira cukup bagus dan dah mengalahkan segala Unit Trust, Property yang ada di muka bumi. Gila 2-3 tahun dah 100% profit. Apa lagi mau?

Bagi penulis, trade adalah seperti berlatih marathon. Ia mengambil masa bertahun untuk boleh lari dari 1 KM ke 42 KM. Ia bukan macam 100 m sprint.

Kesimpulan

Modal kena ada, kena pandai jaga. Kena grow mengikut target kita dan tak payah gopoh nak kaya lusa.

Jika ia tertulis hak anda, ia akan menjadi hak anda.

_

Home