Nak transfer coin, accane?

INTRO

Kita dah tahu cara nak beli coin. Next dah beli, kita nak transfer atau simpan coin ini untuk Hodlr.

Kenapa tak biar je kat exchange?

Exchange ni hot wallet. Kita tak pegang key atau 24 seed. So, kita tade control sangat atas asset kita. Kalau exchange bungkus, kita tak boleh retrieve asset kita.

So kita kena simpan dalam cold wallet. Cold wallet bagi kita 24 / 12 seed. Kalau hilang wallet ni jatuh sungai ke apa, kita boleh retrieve asset kita guna 24 seed dari blockchain.

Contoh cold wallet adalah Nano Ledger atau Exodus. Nano adalah cold wallet jenis hardware. Exodus, cold wallet jenis software.

Dalam artikel ini penulis nak kongsi cara hantar coin dari wallet ke wallet.

Wallet yang penulis nak guna adalah dari wallet exchange Kraken kepada wallet Exodus.

Apa tips nak tahu sebelum nak transfer wallet ke wallet?

Berikut adalah tips yang penting.

1. Sama jenis

Mesti transfer sama jenis sahaja. Meaning, kalau BTC, mesti dari wallet BTC ke wallet BTC.

Kalau transfer dari wallet BTC ke wallet ETH, atau lain coin, coin hilang.

Jangan salah tengok wallet.

2. Copy paste

Address wallet ni panjang.  Contoh macam Polkadot ni.

12tuKw2SjebBm47znpFZ3V3itJafofJSe2uWqzbCcq1xkeo3

So kita tak taip balik wallet address, tapi kita copy paste sahaja. Dan bila copy, make sure jangan terlebih copy kat ujung tu meaning terselect sekali empty space.

Copy, ngam-ngam.

3.  Double check address yang di copy

Bila dah copy paste address yang nak receive tu, bila dah paste, make sure double check sama atau tidak.

Sebab kalau computer kita ada malware atau trojan atau virus yang kita taktau, ada jenis virus ni yang bila kita copy address wallet, di tukar jadi wallet dia. Meaning dia curi coin kita.

Kita ingat kita transfer ke wallet kita, tapi sebenarnya kita transfer ke wallet dia.

So cara nak double check address tu betul ke tidak adalah, check 5 yang awal, dan check 5 yang ujung, kalau malas. Kalau rajin, baca semua.

Dalam kes wallet Polkadot contoh tadi, address dia :

12tuKw2SjebBm47znpFZ3V3itJafofJSe2uWqzbCcq1xkeo3

Lepas paste, tengok balik 5 depan, 5 belakang.

12tuK…..     …… xKeo3

4.Transfer sikit dulu

Kalau seram nak transfer banyak in case takut salah ke apa, transfer sikit dulu. Bila confirm sampai, baru transfer banyak.

Tutorial

Baca sini