INTRO
Mula-mula dulu, penulis tak faham kenapa harga sesebuah asset crypto ada yang naik, dan ada yang turun. Dan juga, kenapa bila dah naik, dia boleh turun?
Setelah bertahun mengkaji akhirnya penulis menemui jawapan yang pasti.
Rumus
Harga sesebuah asset crypto, adalah berdasarkan 3 faktor dibawah ini.
- Berapa besar size market cap crypto secara general (semua coin)
- Berapa peratus coin dominance, iaitu peratus asset / coin tersebut dalam size market cap semua
- Berapa banyak coin supply, iaitu berapa banyak supply asset / coin tersebut (berapa banyak coin ni dalam market)
Now, kita pergi detail.
Market Cap Crypto
Mana nak tahu size market cap crypto? Semasa artikel ini ditulis, size market cap menghampiri USD$3 T.
Pergi coinmarketcap, tengok bar kat paling atas. Rujuk Market Cap, ada tulis USD$2.862…. T something.
Coin Dominance
Macam mana nak tahu coin dominance? Kita amik satu coin contohnya Bitcoin. Di web yang sama, rujuk Bitcoin. Refer table Market Cap. Ada tulis USD$1.239…. T something.
So coin dominance adalah, USD$1.239 …. T something ini bahagi dengan jumlah overall market cap crypto yang first tadi iaitu USD$2.862… T something x 100.
Kita akan dapat, 43%
Dalam erti kata lain, coin dominance bagi Bitcoin adalah 43%.
Coin Supply
Next, mana nak tahu coin supply? Sama jugak, katakan kita nak tahu Bitcoin supply dia berapa, refer pada table yang sama bahagian circulation supply, iaitu 18.873 ….. M something.
Hence, Rumusnya adalah…
So, apakah rumus dia?
Price = Market Cap x Coin Dominance / Coin Supply
Mengambil contoh Bitcoin tadi,
Price = $2,862,889,687,527 x 43% / 18,873,525
= $65225.89
Ada lari sikit sebab kita amik 43% tu tak specific atau dah dibundarkan. Ini harga Bitcoin.
Apa kegunaan rumus ini?
Bila kita faham rumus ini, kita faham faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu coin itu naik atau turun. Maka sekarang kita tahu bahawa bukan senang sesuatu coin nak naik gila-gila tiba-tiba, atau sesuatu coin itu lama gila kenapa tak naik-naik.
Sebagai contoh, XRP atau Ripple yang target boleh pergi USD$589. Jika menggunakan rumus ini, kalau market cap crypto pergi USD$426 T pun, harga XRP baru USD$177.43 jika masih maintain coin dominance sekadar 1.96%.
Atau dalam kes, Shiba Inu nak naik USD$0.01.
Apa guna rumus ni untuk future?
Bila dah tahu bagaimana harga sesuatu asset terbentuk, kita boleh buat projection harga asset tersebut berdasarkan projected size market cap.
Projection Price = Projection Market Cap x Coin Dominance / Coin Supply
Contohnya, katakan pada market 11.4 T (atau sama dengan gold market), dengan anggapan coin dominance dan coin supply sama, maka untuk Bitcoin,
Projection Price = $11,400,000,000,000 x 43% / 18,873,525
= $260 K
Bagaimana jika market cap crypto pergi USD$44 T?
Projection Price = $44,000,000,000,000 x 43% / 18,873,525
= $1 M
Rentetan itu….
Kita boleh buat table spreadsheet dalam google kita based on size market cap yang semakin membesar, so kita boleh tengok berapa projected price sesebuah asset.
Dalam kes ini, penulis dah pun buat dan boleh rujuk sini. Rujuk bahagian price prediction.
Faktor penentu harga makin up
Daripada rumus,
Price = Market Cap x Coin Dominance / Coin Supply
Harga sesebuah asset akan menjadi lebih mahal, jika
- Market Cap crypto makin besar
- Coin dominance asset tersebut makin tinggi
- Coin Supply asset tersebut semakin kecil
Meaning, kalau coin tersebut dominance dia kecil, tak banyak orang beli, ditambah dengan supply asset tersebut unlimited atau berlambak, hence, jangan harap harga dia akan naik.
Mana jumpa rumus ni?
Dah lama cari tapi satu malam jumpa kat Universiti of Youtube (amik degree 4 tahun spend RM60K rasa rugi lak).
Tak ingat channel mana tapi mujur amik gambar.
Rumus 2
Ini bukan rumus utama, namun penulis baru jumpa benda ni. Nama dia FDV = Fully Diluted Amount.
Apa benda menatang FDV ni? Felda Disabled Venture ke? Nope. Baca detail sini.
Basically FDV adalah marketcap coin tu di masa coin ni dah 100% distributed.
Rumus dia :
FDV = Maximum supply of a token X Current market price of the token
Contoh kita ambil Acala. Acala adalah dibawah ecosystem Polkadot. Ni current pricing.
So FDV,
= 1,000,000,000 x 1.71
= 1,710,000,000
Tapi kalau harga Acala naik $2 canne?
So FDV dia, 2,000,000,000.
Maksud lain, semakin tinggi harga coin, semakin besar FDV dia.
Kalau gitu, apa beza FDV dengan Marketcap? Marketcap guna harga semasa x berapa coin semasa dah ada. FDV berapa final coin nanti.
Ok kita dah tahu apa FDV, tapi apalanch gunanya FDV ini?
Now, coin yang high FDV tapi low marketcap, adalah coin yang overvalue / harga up gila bukan fair value, thus meletakkan coin ini mempunyai tokenomics yang sucks.
Now kita amik perbezaan, 2nd coin. Lido Dao.
Harga lebih kurang sama dengan Acala, Max supply pun sama. Yang beza adalah market cap. Lido market cap $42M, Acala market cap $118M. Lido market cap kecik lagi dari Acala.
Thus, Lido overvalue berbanding Acala dan Lido tokenomic tak bagus.