INTRO
Bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja dengan majikan swasta, ada satu fund yang dinamakan EPF. Fund ini adalah hasil kongsi caruman antara majikan dan pekerja, dimana sumbangan dia adalah majikan x% pekerja. y%. Apa guna dia? Dah tua kerepot esok boleh guna duit EPF nak sara balance hidup. EPF ni bahasa meleys dia KWSP.
Namun begitu, bila covid19 menyerang dunia, bagi membantu rakyat yang sedang dilanda musibah, kerajaan telah membenarkan rakyat untuk keluar duit EPF / KWSP ini.
Meaning, kerajaan kata gini. Ko nak survivekan? OK, pakai duit sendiri. Dalam erti kata lain, rakyat bantu diri sendiri. Hasil dia, ramai yang sekarang duit KWSP tak sampai RM10K pun. Berapa lama RM10K ini boleh bertahan? Kalau sebulan belanja RM400 (seminggu 1 rat), ia boleh bertahan selama 25 bulan atau 2 tahun 1 bulan.
Now, patutnya, kita jangan mintak KWSP kita boleh keluar. Tapi kita mintak kerajaan kena pandai solvekan masalah ini top up semua orang RM10K (contoh). So KWSP kita selamat. Tapi apa nak buat, nasi telah menjadi bubur….
Apapun, penulis punya KWSP pun tak banyak mana sebab penulis kerja dengan orang dalam 4 tahun je lepas tu terus mengambil keputusan become a freeman : berniaga sendiri. Bila berniaga sendiri, boss ada option untuk potong KWSP ke tidak, freeman la katanya…. so tak potong-lah ceritanya.
Now fast forward, disebabkan tidak ada KWSP / EPF, penulis memikirkan cara lain lalu mencipta SKIM PENCEN Dr. Gavin, atau dalam bahasa inggeris GPF – Gavin Pension Fund.
Ini adalah satu skim pencen decentralised, yang high risk, namun high return.
Kesimpulan dia, sebab penulis takde EPF, penulis kena cipta EPF penulis sendiri demi retirement, hence GPF.
GPF : Skim Pencen Dr. Gavin
Skim pencen ini dinamakan Skim Pencen Dr. Gavin (aka GPF, ala EPF), sempena mengambil berkat Tuan Guru Mursyidul Am, Dr. Gavin Wood.
Siapa si rambut putih Dr. Gavin? Dia adalah salah seorang co founder yang mencipta Ethereum bersama Tun Vitalik Buterin dan Dato Seri Charles Ado. Lepas settle ngan Ethereum, dia blah buat Polkadot dan Kusama.
Dr. Gavin ni bukan kaleng-kaleng kaki kench so boleh cekidaud dia punya details. Ini web beliau manakala ini Linkedin beliau. Bawah ni doku asal usul Polkadot menurut Dr. G.
Kata-kata terakhir beliau dalam doku ini menunjukkan beliau seorang yang #deep, serta mencerminkan personaliti seorang top achiever yang berjiwa warrior.
Warrior ni maksud dia tak mudah kalah, tak lembik dan of course, fighter.
Kesimpulan dia, GPF ni adalah betting penulis pada founder Polkadot, iaitu Dr. Gavin yang dulu merupakan salah seorang founder ETH.
Teras Utama GPF
Skim pencen Dr. Gavin tidak ada kena mengena dengan beliau, cuma, penulis menggunakan Polkadot (ciptaan beliau) sebagai teras utama. Kalau EPF, guna MYR.
Kenapa Polkadot? Ini panjang cerita tapi setelah membuat kajian berminggu membaca, menonton dan cuba memahami WTF itu Polkadot, penulis telah mengambil keputusan untuk bai’ah dengan Polkadot dari sudut time travelling, iaitu beli / kumpul sekarang untuk kegunaan future. Kira, blast from the past la.
Ketika penulis buat kajian tu harga Polkadot tengah junam dari USD$48 hingga ke USD$10 lebih kurang.
Now, kita deep dive sikit on Polkadot.
1. Berapa besar Polkadot sebenarnya?
Ketika artikel ini ditulis, size Polkadot adalah USD$53 B.
Kalau USD$53 B, di Malaysia Polkadot level apa? Kombinasi 3 company paling top Malaysia. Maybank + IHH Healthcare + TNB.
Bagaimana dengan size EPF? EPF = RM998 B atau hampir RM1 T. Ini bersamaan dengan USD$237 B.
Meaning, size Polkadot vs EPF adalah Polkadot baru 22% EPF. Bila overall market cap crypto naik, saiz Polkadot akan naik, hence melebihi EPF.
Diramalkan ini bakal berlaku apabila size market crypto naik 4x dari sekarang, USD$2.7 T jadi USD$10.8 T menghampiri size market emas.
Dalam erti kata lain, kalau betul size Polkadot melebih EPF nanti, penulis rasa lebih tenteram.
2. Kenapa tak pakai Bitcoin ganti Polkadot?
Ini strategi leverage penulis sebab Bitcoin penulis guna untuk lain hal.
Manakala Bitcoin tidak ada Staking Rewards, meaning, walaupun harga dia makin naik, tapi dia tak lahirkan Bitcoin baru untuk penulis sebab penulis tak buat mining. Staking Rewards adalah core dalam SKIM PENCEN Dr. Gavin ini. Ini diterangkan lagi detail di bawah.
Kesimpulan dia, bila saiz Polkadot melebihi size EPF which is $237 B, penulis berpendapat, Polkadot dah naik level dan sangat sesuai sebagai Skim Pencen penulis.
Ini akan berlaku pada crypto market cap 4x dari sekarang iaitu $10.8 T atau senang cerita $11 T. Berapa harga Polkadot waktu ini? Sekitar $130. Target penulis adalah waktu itu monthly pension dari Polkadot adalah $8092 per month.
Konsep GPF
EPF atau KWSP, konsep dia simpan sekarang, potong tiap-tiap bulan. Nanti masa pencen, umur 55 atau 60, baru boleh keluarkan duit ini semua.
Now, bila potong EPF, simpan, capital ini dilaburkan. Berapa return dia? Average 10 tahun, 5.55 to 6.11. Sikit ke banyak? Itu depends pada berapa lama. Kalau seminggu dapat return 5% dikira banyaklah tapi kalau 10 tahun………. sendiri mau ingatlah.
Now of course, investment EPF adalah terkawal dan low risk. So takleh nak buat apa sebab apa yang penting dah tua ada duit. Nanti main high risk kalau tua tade duit canne? Duduk masjid kita.
Namun begitu, dewasa ini penulis berpendapat terma high risk perlu dilihat semula. High risk ni kita tak boleh label pada asset. Kita kena label pada kepandaian atau kebodohan kita. Meaning kalau kita taktau apa dengan asset itu, itu yang dinamakan high risk. Sebab, di luar negara orang dah start guna capital pension fund untuk main crypto. So adakah crypto high risk?
So, apakah konsep Skim Pencen Dr. Gavin ini?
Ada dua variable terpenting iaitu Daily Staking Rewards x Future Value of Polkadot.
Staking Rewards
Nak jalankan Bitcoin, kena mining. Ini nama dia POW. Sapa buat mining, dapat upah dalam Bitcoin. Nak jalankan Polkadot, kena staking, ini nama dia POS. Sapa main staking, dapat upah dalam Polkadot.
Meaning, Bitcoin, kena keluar modal sama ada USD atau MYR beli mesin untuk mining. Tapi Polkadot, modal dia siapa yang ada capital Polkadot itu sendiri, boleh staking. Ini adalah era dimana kuasa capitalist telah berpindah kepada consumerisme. Selamat menjadi kaum pemodal!
Staking pulak boleh buat sendiri dalam wallet Ledger Nano, atau malas pening dan lebih senang di exchange, namun perlu ada risk assessment sendiri. Penulis buat di Kraken, dan Kraken setakat ini beri 12% p.a.
Now satu lagi hal tentang Staking Rewards ini, kalau di Kraken, 12% setahun dibayar seminggu 2x, bukan macam ASB hanya bayar setahun sekali.
Future Value of POLKADOT
Now, harga Bitcoin, setakat data dari dulu sampai sekarang, makin lama makin naik. Tapi ada yang coin lain, contoh shit coin macam Squid Game, keluar pukul 3, pukul 4 spike, pukul 5 zero. Meaning, kena hati-hati nak invest on coin, bukan main sebat sahaja ikut orang sebab ramai orang biasanya bodoh dan tamak. Herd mentality.
Polkadot adalah top 10 coin (setakat ini) dan penulis percaya Polkadot boleh pergi jauh setelah mengkaji. Sejak keluar hingga hari ini, Polkadot masih top 10 dalam carta.
Penulis meramalkan yang harga Polkadot akan naik sewajarnya pada masa akan datang. Oleh kerana itu, value 12% hasil Staking Rewards setiap tahun tadi akan berubah semakin tinggi setiap tahun.
Bagaimana ia jadi pencen?
Kita sampai ke best part atau core SKIM PENCEN Dr. Gavin ciptaan penulis.
Tadi dah bagitau ada dua variable terpenting iaitu Staking Rewards x Future Value of Polkadot.
Pencen EPF adalah duit yang kita nak terima tiap-tiap bulan masa tua, kalau masa umur 55 tahun tu kita tak gila withdraw semua lepas tu joli. Meaning tiap-tiap bulan kita withdraw sikit-sikit la macam gaji. Kena disiplin.
Sama dengan SKIM PENCEN Dr. Gavin, matlamat dia adalah kita ada pencen bulanan untuk teruskan hidup lepas bersara.
Now, menggunakan profit staking 12% setahun, kita nak masa bersara esok, pencen kita sehari, 1 Polkadot.
Ketika artikel ini ditulis, 1 Polkadot = USD$50.16
Berapa harga 1 Polkadot lagi 10 tahun? Untuk menganggar nilai ini, kita kena tahu lagi 10 tahun, berapa besar size market crypto, which tiada orang tahu.
Maka, ilmu projection itu penting. Let say kalau within 10 years, market crypto expand dari USD2 T kepada USD 44 T, harga Polkadot (jika maintain coin dominance sekarang sekitar 1.8%) = USD$815.83.
Bagi memahami ilmu projection ini, pergi sini.
Jika waktu tu MYR to USD masih 4.xx, maka 1 Polkadot = RM3,388.55. Maka kerana pencen kita sehari 1 Polkadot, so sebulan pencen kita RM101,656.5.
Bagaimana sehari 1 POLKADOT?
Ini membawa kita kepada penyiasatan berapa sebenarnya. capital Polkadot yang kita kena ada, agar, 12% staking rewards setahun = 1 Polkadot sehari.
Setahun, 365 hari,
1 hari, 1 Polkadot,
365 hari = 365 Polkadot.
12% * y = 365 Polkadot
y = 3042 Polkadot
y = Capital Polkadot yang nak kena ada.
Maka, motivation kita kalau nak join SKIM PENCEN Dr. Gavin ini adalah pertama, kena ada 3042 Polkadot dulu agar, esok masa bersara, 12% p.a memberikan kita 1 Polkadot daily.
Kesimpulan dia, GPF ni kita nak generate sehari 1 Polkadot daripada Staking rewards 12% p.a. Untuk sehari 1 Polkadot, capital dia 3042 Polkadot.
Kerana market cap crypto membesar, nilai 1 Polkadot turut membesar. 3042 Polkadot memberi gaji sebulan,
$5 T market cap = $59.16 x 30 = $1,774.80
$11.4 T market cap = $134.88 x 30 = $4,046.40
$44 T market cap = $520.58 x 30 = $15,617.40
Risiko GPF
Risiko dia ada seperti dibawah.
1. Market Cap Crypto Stagnant
Kalau market cap crypto tak naik, atau tepu di masa akan datang, maka nilai Polkadot akan maintain takat itu sahaja. So, value 1 Polkadot daily adalah sekadar USD$50.16, kalau coin dominance Polkadot maintain 1.8% dengan market cap crypto stagnant USD2.7 T.
Kalau market stagnant, bukan sekadar Polkadot tak naik, Bitcoin, Ethereum semua pun sama.
Pada pendapat penulis ini tidak logik berlaku sebab to date, adoption manusia ke crypto adalah lebih tinggi dari adoption manusia ke internet.
Maka, market crypto akan tetap naik, cuma tak tau berapa maksimum.
2. Polkadot jadi macam Litecoin, Monero
Ini bermaksud, Polkadot dah tak duduk dalam top 10, atau lebih specific, coin dominance Polkadot, merosot.
Bila coin dominance barai, harga Polkadot definitely turun. Maka, 1 Polkadot daily di masa hadapan, tak besar mana, ergo, nilai bulanan pencen menjadi kecil.
3. Kraken buat hal
Kraken ghaib macam Mt. Gox. Ini memang cibai sebab fund untuk SKIM PENCEN Dr. Gavin penulis, ada di sini.
Tapi kalau anda host sendiri dalam wallet Nano Ledger anda, fund takkan hilang.
Untuk minimize risk, penulis sentiasa peka pada perkembangan Kraken dan mesti boleh tahu cara staking di Nano Ledger pada masa akan datang.
Apapun, 3 benda tentang Kraken setakat ini,
- Tak pernah kena hack
- Regulated by FinCEN (fincen.gov of USA)
- penulis guna Kraken sejak 15 May 2017. Agak 5 tahun sudah.
4. Kraken buat hal tapi hal kecik
Kraken turunkan pulangan staking rewards dari 12% kepada lebih kecil misal 4%.
Ini akan beri effect pada 1 Polkadot daily meaning maybe, sehari 0.x Polkadot sahaja.
Untuk minimize risk, instead of capital 3042, capital lagi besar iaitu 6084 misal. Kalau berjaya achieve ini, Kraken bagi 6% pun ok lagi.
Pertama, harga Polkadot di masa akan datang instead of naik, dia tak naik-naik atau junam. Kalau ini berlaku, SKIM PENCEN Dr. Gavin satu usaha yang gagal.
5. Malaysia ditadbir oleh Perdana Menteri yang genius
Ini akan menyebabkan kadar USD vs MYR turun sama ada sama, atau MYR pulak lebih superior dari USD. So, 1 Polkadot daily akan bernilai kecil.
Sekarang ni, value 1 Polkadot tinggi sebab 1 Polkadot x USD x 4.xx. Berapa banyak kali tu?
Tapi risiko ini nampak susah nak jadi. Anda pun tahu sebab apakan.
6. Dr. Gavin balik syurga
Ini susah nak cakap effect dia macam mana sebab kita tak tahu. Kalau ikut Apple, bila Steve Job balik kampung, tengok share elok je makin naik.
7. Cukai Lembaga Hasil Dalam Negara
Setakat artikel ini ditulis, cukai yang dikenakan pada crypto adalah hanya jika kita mengambil keuntungan secara aktif, bersistem atau berjadual. Manakala jika beli, simpan dan withdraw antara tempoh yang tidak berjadual dan tidak aktif, itu dikira capital gain.
Capital gain di Malaysia, tidak dicukai.
Secara dasar, jika kita beli Polkadot, guna duit gaji, meaning gaji kita dah pun dicukai, dan kita hanya withdraw beberapa tahun (atau berpuluh tahun lagi), maka ini penulis rasa tidak perlu dicukai.
Namun, jika kita beli Polkadot, guna duit hasil trade, make sure hasil trade ni kita bayar cukai. So dia jadi balik macam atas tadi. Tak dicukai.
Grey area adalah dimana, kita beli Polkadot, hasil trade yang tidak diwithdraw, meaning, untung dalam exchange, tak masuk pun bank kita, terus kita beli Polkadot.
Satu lagi hal, Bitcoin adalah bukan legal tender mengikut definisi Bank Negara Malaysia. Bila bukan legal tender, ia bukan duit. Pada mata Bank Negara, ia adalah digital currency yang tidak sah. Apatah lagi Polkadot?
Namun, pada hemah penulis, hasil trade yang ditukar dalam MYR, yang itu kita kena bayar cukai.
KESIMPULAN
SKIM PENCEN Dr. Gaving, melalui teras utama Polkadot, dan dua variable terpenting iaitu Daily Staking Rewards x Future Value of Polkadot, basically mencarum Polkadot secara bulanan melalui cash salary secara utama, dan pertambahan bonus melalui untung trade dan hasil stake itu sendiri bagi meningkatkan jumlah capital / simpanan Polkadot.
Setelah pencen, atau decide untuk retire, harapannya adalah sewaktu itu daily rewards hasil staking Polkadot = 1 sehari, boleh menampung survival hidup post pekerjaan.
Jika market cap crypto mendadak dangdut naik dan coin dominance Polkadot maintain atau makin bertambah, value pencen akan turut bertambah.
Menurut projection PLAN B S2F, kita akan mencapai market crypto 44 T pada 31.03.2025. Ini akan membawa kepada harga 1 Bitcoin = USD$ 1 M, manakala Polkadot = USD$520.58. Jika ini termanifest, pencen bulanan adalah $15,617.40 atau RM67,154.82.
Ini akan menyebabkan pencen atau retirement boleh jadi lebih awal dari umur 55 tahun, hanya sekiranya capital Polkadot berjaya dikumpul dengan segera sebanyak paling minimum : 3042 Polkadot.
Siapa kata seseorang tidak boleh lagi kaya walaupun telah pencen?
Visual Summary
LOG TERKINI GPF PENULIS
Untuk update perjalanan Polkadot penulis, klik sini.