Staking : ETH

Pengenalan

Untuk tahun 2024, penulis decide nak mula staking Ethereum. Sebelum ni penulis tak pernah staking pun Ethereum ni, penulis cuma mahir staking Polkadot.

Level kemahiran penulis dalam staking Polkadot adalah berikut,

First Phase, previous – staking dari Ledger dengan P2P Validator
2nd Phase, now – staking dari Polkadot Vault Air Gap Wallet dengan P2P validator, monitor di dashboard staking.polkadot.network

Untuk Ethereum, zero knowledge so baru nak study.

Kenapa nak stake ETH?

Penulis baru setel buat draft budget income – expenses untuk year 2024. Kalau nak berhenti kerja, so staking ETH penting untuk tambah income akibat loss income kerja.

Berapa modal stake ETH?

Dalam ledger penulis ada sekitar 12.48. Pada member penulis, ada sekitar 37.5 dia tolong pegang sementara. So basically, ada dalam 50.12.

Dalam celsius yang dah melingkup ada 3.79, tatau boleh dapat ke tidak.

Dan penulis rancang untuk acquire sikit lagi ETH dengan modal sekitar USD39K, pada harga sekarang boleh dapat sekitar 40 ETH.

Altogether dalam 93 ETH, tengok cari duit sikit lagi untuk genapkan total ETH 100 ETH.

Kalau ikut harga semasa, 100 ETH adalah bersamaan $209,900 atau bersamaan RM980,967.65.

Basically hampir RM sejuta. Take note ini bukan cost, tapi value semasa.

Berapa rewards staking ETH?

1. Kiraan Kasar

Kalau ikutkan portal staking rewards, 4.4%. Ini data dia.

So, 100 ETH boleh dapat, 3.83 ETH setahun.

Kalau maintain price $2099 macam sekarang, 3.83 ETH adalah $8039 atau RM37,570. Sebulan dalam RM3,130.

2. Kiraan Detail

Untuk staking ETH ni, penulis akan stake di Ledger dengan Kiln.

Namun yang ada dalam ledger sekarang cuma 12.48 ETH, so kalau stake setahun, hasilnya adalah RM5,561.

Ini bermaksud, melalui kiraan matematik, 1 ETH bagi RM445.59, so esok kalau complete 100 ETH, boleh. dapat RM44,559. Sebulan dalam RM3,713.

3. Kiraan Projection

Kiraan kasar projection adalah berikut. Sekarang crypto market size adalah $1.45 T.

So kalau 2X size jadi $2.90 T, maka, staking rewards sebulan adalah RM7,426.

Kalau 3X size jadi $4.35 T, maka, staking rewards sebulan adalah RM11,139.

Untuk kiraan projection detail, kita kena ada data yang diambil dari Tok Mek, sebab dari Tok Mek, ada calculation price berdasarkan coin dominance dan crypto market size.

Ini table dia screenshot ketika artikel ini ditulis.

So let say market pergi 3T esok, price ETH adalah $4,165.88. So, kalau 100 ETH bagi 4.4 ETH, hence, itu adalah bersamaan $18329 atau RM85,660. Sebulan dalam RM7,138.

Compare dengan FD

Staking ni ada orang kata macam FD la dalam tradfi.  Ada juga kata macam Bon. Apapun, konsep dia sebenarnya lebih kurang sama.

FD kita bagi duit ke bank untuk securedkan kedudukan bank (bukan kita sangat ok) manakala staking kita bagi duit ke ecosystem blokchain tu untuk securedkan network dia.

So, FD kat Malaysia setakat hari ini, paling tinggi adalah 3.5% di BSN.

So basically, 3.5% memang kalah dengan 4.4% staking rewards. Malah pula, duit fiat dalam FD value makin kurang sebab inflation tapi duit dalam ETH, value dia makin naik hence value rewards walaupun 4.4% fix, itu adalah dalam alam crypto. Bila 4.4% ni kita tukar ke alam fiat, dia boleh jadi berganda tinggi. Faham dak?

Compare dengan ASB

First sekali ASB bukan FD, ASB adalah unit trust. So compare ASB dengan Unit trust lain dalam Malaysia, ASB kira agak sayurlah…tapi kalau compare ASB dengan FD,  of course ASB lebih baik sebab return lebih 3.5% setahun. Return ASB 2022 adalah 4.6% so lebih 0.2% dari staking ETH.

Now, adakah lebih 0.2% bermaksud ASB lebih baik dari staking ETH?

First of all, in term of risk, ETH risk lebih tinggi dari risk ASB. ASB consider low risk manakala ETH high risk. Kalau risk tolerence rendah, jangan main crypto.

Dalam kes penulis, semua ASB akau penulis, isteri dan anak-anak dah penuh memasing RM300K dengan total sekitar RM1.2M (actually RM1.3M).

ASB2 je tak penuh lagi.

So option untuk penulis letak dalam ASB kira zero. Nak tanak penulis kena main instrumen lain dan dalam hal ni, penulis pilih crypto, unless letak dalam ASB2. Tapi penulis tanak sebab dibawah ini.

Berbalik adakah 0.2% lebih baik atau tak? Kalau tolak tepi risk, lebih baik sebab macam penulis tulis awal tadi, 4.4% tu dalam alam crypto dan projection crypto makin naik, bukan makin turun. Manakala 4.6% ASB adalah dalam alam fiat, dan fiat akan susut nilai sebab inflasi.

Confirm ke ETH naik?

Melalui pembacaan penulis, Blackrock bukan sahaja nak buat ETF Bitcoin, tapi juga ETF Ethereum. So ini adalah kemungkinan tinggi untuk EThereum naik.

Detail, boleh layan video di bawah ini.

Kalau betul $28K, 4.4 ETH adalah $123,200 atau RM575,775. Sebulan dalam RM47,981.

Kalau betul ni memang raya hindu, tapi kita jangan percaya sangat. Matlamat dia ada dalam RM10K sebulan pun dah OK.

Kiln, the validator

Kalau Polkadot, penulis stake dengan P2P. Kalau ETH, penulis pilih Kiln.

Sebab dia pertama adalah senang, straight dari dalam ledger. So penulis tak perlu pindahkan asset ke tempat lain ke apa ke,  terus sahaja.

Kedua, mestilah ledger dah buat due diligence tentang Kiln. Sebab tu dia appear dalam ledger.

Now, sungguh pun begitu, kalau nak compare siapa validator paling top,  boleh tengok di bawah ini.

Basically, Kiln #3 dan P2P, #4.

Ok la tu. Asset AUM dia $2.56 B tu bukan kecik anak. Level dia kalau kat Malaysia bawah sikit dari Sime Darby, atau lebih kurang KLCC dan lagi besar dari Gamuda.

Research Studies

Berikut adalah video yang penulis layan sebelum nak start staking.

Stake ETH dengan Kiln, kita send ETH kita ke dia ke? Kalau Polkadot, dia stay dalam wallet kita.

Ini kalau DOT.

Penulis nak check adakah p2p punya stake sama dengan Kiln? Nyata ada beza. Pool staking kita send ETH, kalau tak pool atau 32 ETH, ETH remains dalam wallet.

Mula Staking

Stake Testing 1 ETH

1. First, buka ledger live, masukkan password cam biasa.

2. Click Menu > Earn.

3. Click button Stake.

4. Sebab tak cukup 32 ETH, dan nak test dulu 1 ETH,  click yang staking pool.

5. New interface keluar, baca dulu.

6. Masukkan jumlah yang nak stake, dalam kes ini, 1 ETH.

7. Click checkbox I understand …. ada pop up. Click article 6 untuk TOC tu.

8. Baca jap TOC. Ada 12 page.

9. Dah ok, patah balik ke ledger tadi dan klik accept, now, click button orange Stake.

10. Now, page review kos nak stake keluar, baca dan sementara tu connect ledger device. Kemudian, pilih yang mana suka. Penulis pilih medium. Click continue.

11. Page nak confirmkan transaction. Review berapa jumlah nak stake tu betul ke tidak, sekali dengan kos, then click continue.

12. Ledger kemudian check app. dah update ke device punya firmware later ke, kalau semua ok….

13. Open apps Kiln dalam ledger device.

14. Click confirmation pada device ledger.

15. Processing transaction…

16. Settle. Staking berjaya.

17. Boleh check dekat etherscan takut kalau kena scam. Nampak macam OK.

18. Balik pada ledger live tadi, menu kiln, select page Rewards. Tengok setakat hari ni masih kosong. So esok penulis monitor.

19. Bila penulis balik ke menu asal ledger live Portfolio, penulis dapati yang bilangan ETH penulis hilang satu, instead of patutnya 12.48, dia tinggal 11.48.

20. Nampak gayanya, kalau stake full, balance ETH adalah kosong. Kalau tengok tranx list, memang ada keluar 1 ETH.

21. Now, bila tengok detail, ada section baru dalam page ETH which is pool staked ETH

22. Bila tekan dan tengok, macam ada token baru masuk. PSETH.

 

bersambung…

To Do Recaps

Berikut adalah journey ke arah staking 100 ETH

■ Study Kiln
■ Study Kiln Staking Process + Ledger
□ Stake Testing – 1 ETH
□ Check rewards ON
□ Stake First Phase – 12.48 ETH
□ Check rewards ON
□ Get back 37.5 ETH from friend
□ Stake 2nd Phase – 37.5 ETH
□ Check rewards ON
□ Acquire more ETH budget $39K – 40 ETH ?
□ Stake 3rd phase – 40 ETH?
□ Check rewards ON
□ Acquire final balance to 100 ETH
□ Stake Final Phase – balance to 100 ETH
□ Check rewards ON