INTRO
Artikel ini akan menunjukkan cara-cara staking Luna di Terra Station yang connect dengan Ledger.
Stake
1. Luna mesti ada dalam ledger dulu. Kalau takde, kena transfer ke dalam ledger. Baca sini.
2. Kalau ada, connect Ledger Nano dengan Terra Station.
3. Buka Terra Station.
4. Buka Nano Ledger X.
Sekarang kita nak connect Terra Station dengan Ledger
5. Terra Station > Connect > Pilih Access with ledger
6. Pop up > Connect Ledger
7. Nano Ledger > Buka Terra Apps
Sekarang kita nak start Stake.
8. Terra Station > Staking Rewards > Delegate Now
9. Now nak kena pilih Validators.
10. Nak pilih validator ni kena cari atau filter dulu meaning kena baca sikit. Anyway, validator tak boleh cilok Luna kita cuma kalau validator cam haram, nanti Luna kita kena slash.
Dalam tutorial ni kita amik everstakeone.
11. Contoh everstake ni web dia siap ada calculator
12. Now, take note validator ada amik percentage dari rewards kita. Yang tu boleh check pada page dia. Contoh everstake, dia amik 10% dan max 20%.
13. Now nak mula stake, select Delegate
14. Masukkan value yang nak stake, make sure Ledger ready dengan apps Terra, then klik submit
15. Next, verify dengan ledger
16. Processing
17. Complete
18. Patah balik dashboard, jumlah staking patut patut reflect pada delegations.
19. Ada juga di page Stake
20. Now, kita boleh check balik status semua ni di terra.stake.id, masukkan address wallet kita untuk tengok status.
Atau kedua, masukkan address di finder.terra.money
Take note melalui explorer, kita nampak
a. balance wallet
b. jumlah delegations
Rewards
Next kita nak check reward Luna macam mana.
Pertama, rewards Luna adalah bukan automatik dan mesti di redeem atau withdraw jika guna Terra.Station + Ledger Nano.
Untuk melihat rewards, ada dua cara.
Cara Malas
Pergi kepada page terra.stake.id dan masukkan wallet address.
eg. terra10q4svtx07wf86tsph3r360mgtqxf4jp6mshcda
Take note cara ni cuma boleh view, namun tak boleh withdraw.
Cara Rajin
Connect ledger dengan Terra.Station.
1. Pergi ke terra.station, https://station.terra.money/
2. Atas, hujung kanan, click Connect
3. Pop up, pilih xs with ledger
4. Cucuk Ledger anda pada laptop
5. Masukkan pin number Ledger
6. Browse Terra Luna dalam Ledger
7. Patah balik terra station, click connect
8. Tunggu dia tengah pair kejap
9. Wallet Connected
10. Now, kita nak withdraw rewards kita. Menu Terra Station > Stake. Page baru keluar
11. Sekarang kita tengok dulu, berapa banyak rewards kita untuk kita decide nak withdraw ke tidak. Click pada kotak Staking Rewards
12. Pop up > semua rewards list dengan balance, keluar
13. Now kita nak withdraw. Click kat Withdrawal button biru
14. Page baru baru keluar, click Submit. Make sure Ledger tak lock
15. Confirmkan di Ledger
16. Broadcasting…. / processing…
17. Success
18. Patah balik page wallet, Menu > Wallet
Anda akan dapati yang balance dah berubah dan semua duit-duit dah masuk dalam wallet anda. Staking Rewards punya table dah 0.
Sebelum withdraw balance wallet 968 ust (scroll atas), selepas withdraw balance wallet 1010 ust.
19. Kalau check di page stake id pun, balance dah berubah untuk wallet dan rewards
20. Take note yang :
a. Withdrawal rewards tidak bermakna kita unstake coin kita. Staking masih berjalan macam biasa.
b. Rewards expiry tidak dijumpai lagi meaning adakah terdapat tempoh expired bagi rewards yang diberi kalau tak di withdraw baca sini
Semakan
Kita nak tengok betul ke stake di everstake dapat 10% p.a.
Now, penulis stake 45 luna. So kalau biar setahun, 10% patut dapat 4.5 luna.
Namun begitu, penulis baru stake 2 bulan dan dah withdraw rewards. So, (4.5 luna / 12 bulan)*2 bulan hence, patut dapat 0.75 luna.
Now bila penulis check berapa luna yang bertambah, (asalnya dalam wallet ada 10.55 luna), sekarang adalah :
So, 10.82 – 10.55 = 0.27 luna.
Basically kurang dari 0.75. Berapa kurangnya? 0.48 luna. Agak banyak tu. February, total hari adalah 47 hari, which is lebih dua bulan.
Oklah kasi puas hati sebab dah tahu 47 hari. So kalau 10% p.a, 45 luna patut bagi,
(4.5 luna / 365 hari)*47
= 0.58
Tapi dapat 0.27 luna. Hmmmmmm…. Berapa percent ni sebenarnya?
Lebih kurang 4.7%.
Penulis tak sure kenapa nanti ada masa penulis cari sebab apa.
Updated
Penulis baru perasan yang sebelum ni ada screenshot calculator dari everstake. So everstake dah bagitau sehari rewards 0.00986301 kalau stake 45 luna.
0.00986301 * 47 hari = 0.46356147
Still, yang dapatnya 0.27 luna. Short 0.19 luna.
Adakah sebab 45 luna terlalu kecil? Entahlah.
Rujukan
https://docs.terra.money/docs/learn/terra-station/staking.html