Staking Polkadot melalui Ledger

INTRO

Di dalam artikel ini kita akan run trough melihat bagaimana nak stake Polkadot di Everstake, melalui ledger.

Rujukan

Sebelum nak start, baca dulu pasal everstake di sini.

Next, video berkaitan.

Ini untuk claim rewards.

Ini rujukan untuk bacaan.

https://support.ledger.com/hc/en-us/articles/360018131260-Earning-Polkadot-DOT-bonding-rewards?docs=true

https://everstake.one/polkadot

https://medium.com/everstake/how-to-nominate-a-polkadot-validator-d7e7bc5b57b2

https://medium.com/stakin/the-ultimate-polkadot-staking-guide-33da475d8163

https://www.holdpolkadot.com/post/4-tips-to-avoid-problems-when-staking-polkadot-and-kusama-using-ledger

Kesilapan yang kita tanak buat

1. Tak tinggalkan fee untuk kegunaan misc

2. Tak update firmware

 

Benda nak kena sedia

1. Ledger X – Make sure ada account Polkadot dan ada Polkadot dalam dia, minimum 120

2. Address Validator – Dalam kes ni sebab nak stake dekat everstake, maka address dia :

15XQrm3X1UtiBF1qBpwb5y9kMMyfK7PxgWhotAJPqv2r6YCD

Stage 1 – Testing

Hantar Asset ke Ledger

Sekarang penulis nak test untuk Stake di Ledger.

1. Send Polkadot dari Kraken ke Ledger. Kraken > Funding, Pilih Polkadot, klik Withdraw

2. Masukkan detail berkaitan, dah puas hati,click withdraw.

3. Click confirm, then masukkan Authy.

4. Sekarang tunggu di Ledger. Ok dah sampai

Bondkan asset

5. Now, kita nak start stake.

Ledger > Accounts > Polkadot > Stake

6. Pop up keluar bagi tau tentang stake, click continue

7. Next, pilih kat mana dia nak send rewards. Dalam kes penulis, penulis nak letak balik dalam Ledger, tanak compounded.

So pilih Available Balance. Kalau nak compounded, pilih Bonded Balance.

8. Masukkan amount nak bond untuk stake, click continue

9. Connect Nano Ledger

Sebab tak update firmware

10. Ada masalah sikit. Kena update Nano Ledger punya firmware dulu.

11. Next, reinstall apps

12. Tengah reinstall Polkadot

Cubaan Bond semula

13. Dah setel, ulang balik step 5-9

14. Confirmation untuk bonding bonding,

Pilih validator

15. Next kita nak Nominate sapa nominator kita, click nominate

16. Pop up keluar, boleh pilih atau masukkan address

17. Penulis nak masukkan address Everstake, so pergi web dia dan cari, copy paste

18. Bila copy address, dia keluar terus, click ticker tepi, then continue

19. Address rejected, tatau pasaipa.

20. Kita back, pilih instead of masukkan address, still tak boleh jugak. Maybe dah penuh ke tatau. So kita pilih yang everstake ada comission 3% tu.

21. Still tak boleh tatau pasaipa. Now penulis cek di staking rewards, nampak macam 5 orang stake dengan Everstake. Ini mungkin ada kena mengena dengan ukraine rusia sebab everstake di Ukraine.

Penulis ada email depa, ini jawapan everstake.

So now penulis decide untuk stake dengan provider lain sebab kalau tak nak kena unbond dulu makan 28 hari lega.

22. Penulis pilih p2p.org. Reason, dia no 2, total stake $800, user ramai 24K. Lepas tu pergi web dia tengok cam oklah…

23. Now, onkan balik ledger… approve

23. Settle.

24. Namun begitu…. penulis rasa tadi everstake gagal sebab maybe ledger nano penulis idle. So sekarang penulis try nominate everstake balik, sekali cam boleh pulak.

Tapi bila check balik cam ada masalah je 2 ekor ni.

Penulis tukar nominator lain. Namun begitu masih tak lepas. Dah pilih (elect) ko tak active lak ko ni macam politician pulak perangai.

25. Lepas baca sebab apa tak active rupanya kena tunggu 3 hari. So kita tunggu dan tengok apa jadi lagi 3 hari.

Ok, penulis akan re-nominate balik untuk final. Siut je setiap kali pilih validator makan beberapa ringgit. Cam bayar parking lak.

Anyway ini final. Tengok balik lepas 3 era, atau 3 hari.

26. Sebelum sambung lagi 3 hari, penulis tengok balance dot masih 12xx.

Dipilih Validator

27. Setelah 2 hari, penulis dapati yang daripada 7 nominator yang penulis select, satu active. Dan satu ini bonding dia 1200.

Ini membuatkan penulis baru faham yang, max 16 kita pilih mula-mula tu nampaknya sebagai calon, lalu, ada antara calon ini yang akan stake asset kita.

Penulis akan tunggu lagi 2 hari dan tengok apa jadi dengan yang lain.

Confirm ke kita dapat rewards?

28. Bila pergi pada validator yang active tu, boleh click address dia.

https://polkadot.subscan.io/account/14QBQABMSFBsT3pDTaEQdshq7ZLmhzKiae2weZH45pw5ErYu

29. Now, walaupun active, kita nak make sure yang kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat staking rewards, bukan yang oversubscribe. Untuk itu, kita kena double check di sini :

https://polkadot.js.org/apps/#/staking

30. Masukkan address validator tadi dan tengok kita kat nombor berapa.

31. Nampak macam tade.

32. Kita check dari address kita sendiri pulak. Masukkan address kita dalam subscan,

https://polkadot.subscan.io/account/16Q2NUC8J6piiBvvSWSKdfJv43QpyoC2QqauCxv8NCRJxnig

33. Click dekat Vote (1)

34. Kemudian, click pada link validator tu, P2P.ORG, page ini keluar.

35. Scroll bawah, cari address kita. Kalau tade clcik view all. Take note ini penting untuk tahu sama ada kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat staking iaitu seramai 256 sahaja.

36. Now, satu page ada 25 row, so 256 orang, kita kena ada dalam top 10 page.

Penulis dalam page ke 4. Oklah tu. Patut ada dapat syafaat.

https://polkadot.subscan.io/nominator?address=14QBQABMSFBsT3pDTaEQdshq7ZLmhzKiae2weZH45pw5ErYu&page=4

Terima Rewards

37. Now, bond pada 9 June, first rewards pada 11 jun. Meaning makan 2 hari. Alhamdullilah.

38. Selain dari tengok rewards masuk dalam ledger, boleh juga tengok di blockchain explorer Polkadot, misal yang penulis suka, subscan.

39. Namun ada satu hal penulis perasan. Validator berubah. Hari tu P2P. Ni Pos.Dog.

40. Setelah google, rupanya validator ni memang berubah-rubah. Namun kalau kita cuma ada satu validator sahaja, possibility kita terima rewards adalah 1/3 dari masa yang ada. Ini adalah kerana, daripada 1000 validator, hanya 273 sahaja yang aktif dalam satu masa. So kesimpulan dia, kena ada banyak validator.

41. Now, selepas few days, nampaknya rewards consistant masuk daily. Setakat few days ni tiada hari yang tak masuk rewards. Cumanya, rewards yang masuk tu jumlah dia tak consistant. Kadang tinggi kadang rendah. Mebi sebab komisyen Validator.

42. Cuma yang isu dia adalah balance di ledger. Dia ikut suka hati mak pak dia nak update bila. Kadang ada, kadang tade. Contoh hari 13 June tu bukan nya sehari masuk dua kali, tapi ntah gila.

Meaning, kalau nak tengok balance tepat, gi kat blockhain.

Stage 2 – All in

Next, cuba tambah capital atas yang dah staking

43. Now penulis dah stake 1200 Dot. Sekarang penulis nak tengok, adakah boleh tambah dari dot yang stake atau kena stake versi lain ke hapa.

44. First, kita transfer masuk new Dot ke Ledger. Untuk ini, penulis transfer semua capital yang non trade dari Kraken ke Ledger. Untuk ini, ada 2 tranx dengan jumlah 126.89

45. Ok dah sampai di Ledger.

46. Kalau tengok di wallet balance, ada 145 Dot yang belum bond. Ini adalah 126.89 baru add tadi campur dengan balance rewards staking yang masuk sebelum ni.

47. Now sebelum bertindak, kita gugel untuk faham step by step dia.

48. Now, kita ulang step untuk bond, pilih validator. Ulang dari step 5 atas tu. Ini screenshot satu per satu kalau malas scroll atas balik. Sebelum tu, tengok summary di polkadot js.

Tengok di Ledger,

Now mula stake. Klik Stake,

Klik Bond,

Masukkan bilangan yang nak bond, jangan max, tinggalkan balance,

Approve kat ledger,

Bond success,

Ini info dia,

Ini tranx detail… meaning dah bond

Namun kalau tengok status, belum confirm

Tunggu sikit, then dah confirmed.

49. Now untuk validator, penulis dah ada pilih validator dan memang tengah aktif, namun jumlah dia tak bertambah pun.

50. Tengok balik summary di polkadot js. Didapati, jumlah staking dah bertambah.

Ledger pun dah update.

51. Now, kita tengok balik lepas 2-3 hari untuk yang bond ni masuk dalam validator yang kita pilih. Currently belum.

52. Selepas 2 hari, jumlah yang staking bertambah ikut yang telah dibond pada existing dot yang stake dulu.

53. Kesimpulan dia, kita dah berjaya stake, kemudian tambah jumlah dot atas yang telah di stake.

Stage 4 – Add more all in

Next, tambah capital kaw-kaw

Next target penulis adalah untuk tambah capital secara besar-besaran untuk gaji bulan. Ni nanti update bila ada peluang beli Polkadot mur ckit.

( Masih pending )

Update terkini

Penulis malas nak update setiap kali ada rewards, so boleh check sendiri kat sini kalau rajin.

Stage 5 – Learning Curve

Apa yang dapat dipelajari dari semua hal ini?

a. Staking ledger lebih banyak step, masa

Berbanding staking di Kraken, Ledger nampaknya perlukan lebih banyak step dan masa. Meaning jumlah click lagi ramai dan makan 3-4 hari nak setel semua. Kraken, nak setel 3 saat.

b. Staking ledger kena monitor

Berbanding staking di Kraken, Ledger ni kalau dah settel pun kena selalu monitor sebab

Pertama, Validator Oversubscribed
Ini maksud dia, jumlah orang (nominator) yang duduk dalam validator tu melebihi jumlah sepatutnya. Satu validator maksimum adalah 256 sahaja setakat ini.

So kalau anda orang ke 257, anda lega. Ini contoh antara yang masuk ke syurga Firdotti vs yg tunggu kat luar sebab tak cukup pahala.

Ini bermaksud, walaupun Polkadot kata minimum untuk stake adalah 120 Dot, tapi itu belum tentu buat kita dapat reward kalau Validator yang kita letak tu dah ada 256 orang (nominator) yang jumlah dot dia lagi tinggi dari kita.

So kalau dot kita kecik 120 tepat-tepat, kita kena cari validator orang miskin.

Cara selamat nak tau berapa jumlah selamat, tengok kat validator > rewards, check last page 25 berapa jumlah page dia. So amount Dot kita mesti lebih dari ini.

Kedua, Validator tak aktif
Kerana di dalam dunia ini tidak ada yang kekal dan semua bersifat sementara, maka begitu juga validator.

Meaning, validator yang hari ni kita tengok aktif, boleh jadi lusa dia tak aktif.

Itu sebab kita pilih 16. Dari 16 ni mungkin lepas sebulan dua, cuma tinggal 3 yang hidup.

Now,apa petanda awal validator tak aktif? Bila rewards tak consistant sehari satu. Ini boleh tgk dalam ledger.

So bila nampak camni, tanda dari 16 validator kita pilih, ada yang tak aktif. So, kena nominate balik validator lain biar complete 16. Dalam kes penulis, 9 dah tak aktif lepas beberapa bulan.

Layan detail sini :

Update 09.12.2022

Biasa dapat 1.2 ke 1.9 sehari tetiba straight 3 hari dapat 0.6. Penulis check tengok ada satu validator tak aktif dari 16. So penulis delegate balik. Tunggu 3 hari tengok ada kesan tak.

c. Macam mana kalau malas nak monitor?

Dalam kes oversubscribed, make sure capital besar. Sebab kita tak boleh control kita kena tolak bawah bila oversubscribe. Takat page ke 10 dalam list rewards, paling sikit 183 Dot ( ini cuma pada satu validator, kena tengok a few untuk dapatkan avg).

So kalau ada 1000 Dot, confirm susah nak kena tolak bawah sebab dalam kes penulis, 1200 Dot duduk di page 4. Page 4 nak pergi page 10 dalam rewards list jauh tu.

Dalam kes validator tak aktif, tade jalan lain kecuali hari-hari check. Eh yang ko ni malas sangat nak check kenapa? Duit free pun malas nak dapat camna ni?

d. Banyak step, makan masa, tapi selamat

Kalau capital kita dah besar sangat, staking di Kraken risiko dia Kraken melingkup. Ini tak leh nak cakap sebab Mt. Gox yang besar pun meligkup. So risk pada capital kita.

Staking di ledger, kita cuma Bond asset kita. Meaning jadi apa-apa kat Validator, cuma rewards kita yang at risk. Capital masih di ledger.

e. Pecah akaun kepada 2, stash dan controller

First cubaan staking penulis, adalah semua satu account. Now the best practise for security is to pecahkan kepada dua account, stash dan controller.

Stash di hardware wallet, ledger sebagai capital untuk bond

Controller di wallet lain sebagai pilih validator dan tempat received rewards.

Dalam kes penulis,  staking untuk gaji bulan, maka Controller account ni frequent use, every month nak withdrawal untuk gaji. Since Luno tiada Polkadot untuk liquidity, so boleh create satu wallet buffer hantar rewards ke situ dan dari situ hantar ke Luno untuk liquidity.

Controller ni biasa orang amik polkadot.js wallet

Baca sini untuk detail

f. Staking tak semestinya di satu tempat

Sebab banyak validator, so tak semestinya pulun letak satu tempat. Bahagi-bahagi untuk minimize risk, maximize rezki.

Namun setelah beberapa bulan, penulis nak cuba stake kat tempat yang sama. Kita tengok apa jadi.

Now, dari kajian penulis atas p2p.org, pada sesuatu masa, jumlah validator dia active adalah 4. Maksud dia, dari 297 semua validator, dia ada 4 on ok la.

Tengok sini.

g. Nominate failed

Jarang berlaku tapi boleh berlaku dimana cubaan kita nak nominate kepada validator lain tetiba asyik error.

Biasanya nak solve ni adalah, masuk ledger kita, uninstall polkadot apps, install semula atau dalam erti kata lain, update apps.

h. Richlist

Dulu masa giat main XRP, dia ada richlist. Richlist ni kita masukkan address wallet kita, pastu kita boleh tengok dalam dunia ni kita nombor berapa. Kira, kita dalam 10% yang pegang XRP paling banyak ke atau kita marhain 90%.

Penulis ada cuba cari polkadot richlist tapi macam tade. Namun ada info ni bagitau average size Dot per account. Meaning paling jauh kita boleh tahu pun, kita above average ke tidak.

Now, ada satu web ni dia letak top 100 account dalam dunia pegang Dot. Takat penulis tengok, no 100 tu je ada pegang 2.3 juta. Dem.

No 1, 47 juta.

Keja apa depa ni?

Tengok sini.

Update 20.10.2022

Ini ada baru jumpa sumber richlist yang paling tepat.

Boleh layan kat page ni dari mainnet depa.

So data yang boleh dipelajari adalah,

#1 pemegang Polkadot paling banyak mempunyai 58,608,368 Dot.

#1000, page 40, mempunyai 82,445 Dot.

Berapa total hodlers semua? 1,081,362

Penulis ketika ini, baru ada 2,919 Dot. Meaning to say, kalau nak masuk page 40, kena ada lagi 79,526 Dot. Bapak jauhnya. Penulis baru 3.5% dari owner tu.

Takpe… one fine day. Insya allah berkat cita-cita dan usaha, satu hari nanti penulis nak masuk top 1000 paling banyak pegang Dot.

 

bersambung…