Startup Kit nak mula

INTRO

Masa penulis mula main crypto pada tahun 2016 dulu, zaman tu tak secanggih zaman ni. Namun penulis pun bermula agak lewat. Penulis tak sempat zaman paper wallet.

Penulis faham yang untuk memahami dunia crypto memakan masa yang agak lama terutama kepada yang tidak mempunyai background technology. Penulis yang ada pegetahuan teknologi pun kadang-kadang terkial-kial.

Satu hal yang mungkin menyebabkan ramai “jauh” dari crypto adalah kurangnya awareness selain daripada crypto melibatkan duit. Meaning, ia ada berkait dengan risk yang besar.

Namun untuk tidak mengambil bahagian adalah sangat rugi. Ini sama seperti orang zaman purba dahulu yang tidak mahu memiliki emas.

Semoga artikel ini membantu anda untuk mengenal dan seterusnya jatuh cinta kepada financial asset masa depan ini.

STAGE 0 – Tengok dari jauh

Stage 0 lebih kepada nak tengok overview apa benda semua ni.

Harga Crypto semasa : https://coinmarketcap.com/
Berita semasa : https://cointelegraph.com/
Bacaan Am Bitcoin :
https://cryptopotato.com/bitcoin-for-beginners/
https://www.coinbase.com/learn/crypto-basics

STAGE 1 – Baru nak ayat…

Stage 1 adalah untuk amik feel tengok crypto ni macam mana.

Beli di mana ? LUNO

Simpan di mana? Kalau baru nak cuba-cuba, simpan di LUNO juga.

Jual di mana? LUNO

Proses yang anda kena run trough agar get the idea macam mana nak mula. Meaning ini To Do anda dan kena make sure buat semua.

a. Register di Luno – guna email address, password

b. Verify KYC – KYC is know your customer. Most of finance apps buat benda ni sebab depa nak tahu siapa depa deal and elakkan amla etc. Anda kena submit apa yg Luno mintak. Penulis tak ingat apa tapi maybe IC, dokumen nak confirm alamat rumah dan maybe kena selfie. KYC amik masa untuk approved depends pada provider tu buat kerja laju ke slow.

c. On 2FA – 2FA adalah macam tac number maybank tapi secara global guna apps Authy atau Google Authenticator. Guna 2FA untuk approve transaction etc, so in order to proceed transfer coin, anda kena masukkan 6 digit number ni. Meaning, confirm hackers takleh curi coin anda melainkan dia copy phone anda. So first kena ada apps 2FA ni dulu, then baru onkan 2FA di  Luno. Penulis guna Authy. Satu Authy ada semua 2FA untuk macam-macam provider eg. Luno, Kraken dan sebagainya.

d. Deposit Duit – nak beli coin kena pakai duit, so anda kena transfer duit dari akaun bank anda ke dalam luno. Biasanya nama akaun mesti sama. Tak boleh gf anda masukkan duit dari bank dia dalam akaun luno anda.

e. Beli Coin – bila duit dah ada dalam Luno, anda boleh beli coin. Pilih satu contoh Bitcoin. Cuba beli. Duit dalam wallet RM anda akan ditolak dan coin akan masuk dalam wallet Bitcoin anda. Kedua wallet ni dalam Luno. Dalam Luno ada banyak wallet depends pada coin.

f. Jual Coin – bila coin harga dah naik, misal kata 10% atau lebih, boleh cuba jual. Jual balik pada Luno. Dan bila dah jual, duit akan dapat dalam wallet RM Luno.

g. Withdraw RM – Withdraw duit dari Luno masuk dalam bank anda. Maybe makan few days, bukan on the spot.

OPTIONAL

h. Withdraw Coin – Jika anda ada wallet lain contohnya Exodus, anda boleh cuba transfer coin dari wallet Luno ke wallet Exodus. Make sure transfer dari dan ke wallet coin yang sama. Jangan transfer dari wallet bitcoin ke wallet ethereum.

Tahniah, anda dah run semua proses am dalam Luno. Welcome to crypto world.

Soalan biasa nubis :

1. Kena beli 1 BTC ke? Kan ke mahal?

Tak perlu. Beli ikut bajet. Kalau ada bajet RM100, beli RM100 je dan anda akan dapat 0.0000000000000…. BTC.

2. Boleh penulis simpan BTC  penulis yang beli di LUNO dalam wallet TnG atau GrabPay?

Setakat artikel ditulis tak boleh. Sebab wallet TnG, GrabPay atau Boost, simpan MYR. Dia tak connect dengan blockchain.

3. Penulis tengok duit dalam TnG takleh transfer ke Grabpay. So Bitcoin macam mana, boleh transfer ke wallet Bitcoin lain tak?

Semua wallet crypto boleh bercakap sesama sendiri guna wallet address. Dia bukan macam wallet TnG, GrabPay, Boost yang bisu dan pekak hanya boleh cakap dengan diri sendiri.

4. Boleh ke penulis tranfer Bitcoin dalam wallet Ethereum?

Tak boleh dan coin anda akan hilang. Hanya transfer dari dan kepada wallet coin yang sama.

Meaning, dalam wallet anda, ada banyak sub wallet ikut jenis coin.

5. Nak start beli dengan coin apa awal-awal ni?

Boleh cuba BTC, ETH dulu tengok gaya.

6. Penulis dah decide nak beli RM100 value BTC every month. Tapi penulis takut LHDN kejar. Canne?

Brader lu beli RM100 value BTC every month pastu takut. LHDN? Biar betik lu. Tapi anyway bagus tanya untuk faham dan tahu. Tentang tax, baca sini.

STAGE 2 – Rasa jatuh cinta…

Stage 2 adalah bila nak bargain price lebih murah untuk sesuatu coin atau nak cuba coin lain dari BTC atau ETH.

Beli di mana ? LUNO atau boleh cuba REMITANO. Kalau pandai boleh dapat harga murah sikit.  Di LUNO boleh dapat harga murah juga, jangan beli direct, tapi masuk dalam page exchange. SET BUY LIMIT.

Simpan di mana? EXODUS. Jangan sesekali simpan di exchange wallet sama ada LUNO atau REMITANO. EXODUS boleh download free.  Kalau jadi apa-apa dengan LUNO misalnya LUNO ghaib atau bankrupt, coin anda pun akan ghaib. EXODUS bukan exchange so dia boleh connect dengan blockhain.

Jual dimana? LUNO, REMITANO

Apa yang paling penting? Kena tahu isu scam di REMITANO agar tak kena. Juga, simpan 12 phrases EXODUS in case laptop jahanam so boleh retrieve wallet dari laptop lain.

Soalan Nubis :

1. Macam mana nak tau satu platform tu exchange ke apa ke?

Kalau dia bagi anda 12 / 24 seed phrases untuk simpan, dia selamat sampai kiamat kecuali 12 / 24 seed phrases ni anda share kat FB atau blog. So orang lain amik dan boleh retrive coin anda.

STAGE 3 – Nak kawin…

Stage 3 adalah bila dah decide nak long term. Juga minat semakin mendalam dan nak cuba coin selain BTC, ETH.

Beli dan jual di mana ? Exchange seperti Bitfinex, Poloniex, Kraken, KuCoin, Huobi dan lain-lain…. meaning dah tahu trade analysis dan boleh set buy limit harga lagi rendah untuk dapatkan jumlah coin lagi tinggi.

Another level bila nak main coin 3.0 boleh start ada Uniswap, Metamask etc.

Simpan di mana? Nano S / X. Ini hardware wallet. Option lain boleh tengok Trezor. Baca sini.

Apa yang penting? 2FA macam biasa. 12 phrases. Juga level ni kena tahu law LHDN tentang crypto. Baca sini.

Bonus jika tahu : Staking Rewards, defi

STAGE 4 –  Hardcore, boleh kawin lebih gaya…

Yang ni baca sini. Ini cara penulis manage crypto penulis.