INTRO
Semua dari kita memang takutkan satu “lembaga” ni lebih dari lembaga putih tengah jalan malam-malam lembaga hitam dalam bilik. “Lembaga” ini dinamakan, “Lembaga Hasil Dalam Negeri”.
Status crypto oleh Bank Negara
Pertama sekali kena faham status crypto di mata Bank Negara. Melalui website Bank Negara, screenshot pada 15 November 2021, status crypto adalah bukan legal tender.
Meaning, ia bukan duit. Atau, Bank Negara tanak masuk campur sebab Itu bukan hal aku.
Maka apa implikasi dia?
Bila Bitcoin bukan duit, dia bukan bawah bidang kuasa Bank Negara. Makna dia, apa hal, isu, masalah Bitcoin, Bank Negara tanak amik tahu.
So crypto kuasa siapa?
Di Malaysia, Bitcoin dan kawan-kawan dia jatuh di bawah pengawasan SC atau Security Commission Malaysia. Meaning, apa-apa hal tentang crypto, kalau nak follow legal, rujuk dengan depa.
Sebagai contoh, untuk mengetahui DAX atau Digital Asset Exchange yang berlesen dalam Malaysia, boleh rujuk sini :
Punya besar almost $3 T market crypto, 4 je kedai kita rakyat Malaysia boleh beli?
Baru semalam ke duduk Malaysia?
Bagaimana dengan Tax?
Sebelum nak paham tax macam mana, anda kena decide dulu anda ini Hodlr, atau Active Trader. Now kita tengok undang-undang yang ada. First, kita fokus pada Active Trader.
1. Sekali imbas, ini headline berita
Menurut berita ini,
Makna dia, income dari internet / online business (eg. trade crypto) adalah sama dengan income dari bisness offline.
So, income dari DAX ( Digital Asset Exchange ) KENA TAX.
Namun, Grey Area adalah :
DAX yang sah di Malaysia cuma ada 4 sahaja, rujuk table atas tadi yang SC bagi lesen. Meaning, selain dari DAX ni, operasi dia tidak sah di Malaysia. Contoh Bitfinex.
So adakah trade di Bitfinex, satu DAX yang tak berlesen, kena tax?
2. Kita pergi source asal LHDN
Tengok pada akta yang ada. First, apa benda yang kena tax dalam Malaysia?
Section 3 of the Income Tax Act 1967
Meaning, kalau buat business, tapi dibayar melalui Bitcoin, ia dikira gains or profits dari business. Sekali imbas, kena bayar tax. Tapi bila Bank Negara cakap Bitcoin not a legal tender, ini dah dikira grey area. Sebab punca pembayaran itu adalah tidak sah di mata Bank negara. Punca pembayaran, BUKAN DUIT.
So kena tax atau tidak? Entah. Update terkini, ada guideline kemaskini dari LHDN, mengatakan, KENA TAX. So kalau anda nak fight benda ni, cubalah pasang lawyer tengok boleh menang atau tidak.
Now, dari guideline LHDN, ini screenshot dia.
Dari table LHDN diatas, macam :
Kita resident. Duduk di Malaysia. Trade di oversea (operation di oversea), website exchange di oversea, maka TAK KENA – No 6.5.
Maksud dia kalau trade di LUNO, hang kena bayar tax. Kalau trade di Bitfinex, pakai pulak VPN, nampak macam TAK KENA. Nampak la….. ini intrepretasi personal. No wonder BINANCE kena block.
6.4 dan 6.5 tu ini dia.
Now, itu lebih kepada jual beli atau Trader. Namun ada satu lagi benda yang besar melebihi grey area. Semua di atas adalah operasi anda sebagai satu bisnes. Bukan atas kapasiti personal. Meaning, kalau anda trader yang ada SSM, so anda tergolong dalam grey area tadi. Tapi kalau anda trader kampung tade SSM ngan tade cita-cita nak beli Porsche, rasanya memang tak yah bayar tax langsung.
Ini telah dimuktamadkan dengan berita terkini dimana ada penangunggan 5 tahun. Segala income dari oversea atas capacity personal, tiada tax.
Dengan syarat, income mesti dari oversea. Kalau dari LUNO, hang kena tax.
Macam mana kalau hodlr?
Hodlr adalah yang beli. Simpan lama, then dah berbulan atau bertahun baru jual. Kalau macam ini punya perangai, CONFIRM TAK KENA.
Ini adalah kerana Malaysia tidak mengamalkan capital gain tax.
3. Consideration lain
Menurut LHDN, kalau nak bayar tax pun, anda kena convert coin anda kepada MYR.
Dan yang kedua, disebabkan anda trader guna DAX MALAYSIA, sila make sure simpan log trade anda. Ada dua benda kat sini.
Pertama, dalam trade ada untung rugi. So anda bayar tax bukan atas semua yang anda buat profit. Anda kena kira juga yang anda buat rugi. Meaning, dalam setahun :
Untung > Rugi = Bayar tax
Untung < Rugi = Jadah benda nak bayar tax, tapi still kena declare
Kedua pulak, in case dipanggil LHDN, anda ada bukti KOKOH segala transaksi bagai.
Take note juga LHDN setahu penulis tiada hak nak check bank statement anda kecuali anda ada tuduhan jenayah atau kes mahkamah. Ini kawan penulis pernah pesan. dan dah double check dengan LHDN.
https://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=6&bt_skum=1&bt_posi=2&bt_unit=4&bt_sequ=757&cpage=0
Ini adalah disebabkan legal di negara kita, tapi penulis tak sure bab mana. Nanti penulis kaji lagi. Tak sure betul atau tidak tapi, jangan main-main dengan bank statement silap-silap masuk jel.
Negara lain accane?
9.6.2022 – USA tengah kaji, draft dia kalau ko belanja bawah $200, tak kena tax. Staking, mining, pun tak kena kecuali ko tukar dia dalam duit baru kena.
Hence, kalau betul begini, maka untuk tak kena bayar tax, terus urusniaga dalam crypto. So pindahkan taxliability kepada buyer crypto tu. Kalau jumpa la orang yang accept crypto dan jual barang ke kita.
KESIMPULAN
Hodlr, confirm tak perlu bayar tax sebab tiada capital gain tax, setakat ini di Malaysia. Capital gain tax kita hanya kalau main property.
Trader, kalau bawak keluar duit selalu, main di LUNO atau DAX berlesen MALAYSIA in general, kena tax.
Trader, kalau bawak duit keluar selalu, main di DAX oversea, boleh kira itu income dari oversea so tak kena tax. Income dari oversea tak kena tax sehingga Disember 2026.
Tapi kalau takut juga, profit tu simpan la. Meaning, duduk dalam coin, tak tukar MYR pun.
Dah kalau tak tukar MYR, jadah benda nak bayar tax? Yang ni boleh baca sini.
Apapun, kalau tanya penulis, bayar je la tax tu kalau anda memang kena bayar. Apa nak risau? Yang kemut sangat tu apahal. Kita niat je kita bayar tax untuk kepentingan negara walaupun kita tahu yang mentadbir negara ni tak berapa nak manusia sangat lebih pada macam beruk pun ada. Melompat sana melompat sini… beruk la tu.
At the end of the day, the more you gives, the more you get. Duit berlambak pastu nak beli Porsche takut. Amenda?
Kita pergi pada next level. Tax planning.
KAJIAN LANJUT
https://ringgitplus.com/en/blog/income-tax/active-cryptocurrency-traders-are-required-to-declare-their-gains-for-income-tax.html