Teknik Contra Bayar Loan dapat Coin

INTRO

Teknik ni masa penulis beli motor penulis. So penulis berazam tanak bayar loan guna duit gaji, tapi nak bayar guna profit trade. Namun dalam masa yang sama, penulis malas pulak nak convert profit trade ni jadi RM, leceh. So concept utama di sini adalah contra.

MOTOR PENULIS

Hensem tak?

CONTRA

Cara dia begini. Sebulan kena bayar motor dalam RM1144.20. Berapa kali nak bayar? Loan 5 tahun, ada dekat nak 60 kali bayar ke bank.

Tapi dalam hati nak pakai motor free, so camna nak pakai motor free? Mestilah orang lain yang bayarkan motor ni.

Tapi nak suruh sapa? Penulis bukan seorang awek yang melentik boleh bermodalkan insan. So nak tanak, kena bayar sendiri.

Cuma, bila nak bayar, kita tak semestinya bayar guna duit. Kita boleh bayar guna masa dan kebijaksanaan kita. Hence, jadilah traders.

Kalau cekap, pandai, berdisiplin, boleh pergi jauh. Dalam kes penulis, penulis set target, trade untuk dapat coin value = RM1144.20 sebulan. Masa tu penulis guna Ripple. Ripple memang senang nak trade sebab pricing dia cantek, market besar.

Apa yang dikatakan contra adalah, penulis trade dalam masa sebulan. Profit Ripple atau XRP, value coin = RM1144.20, maka penulis pun buat bayaran loan pada bank.

Makna dia, macam penulis spend RM1144.20 untuk beli coin Ripple. Walhal,  penulis guna profit trade, untuk contra bayar ke bank.

UNTUNG KE RUGI?

Rugi kalau anda tak cukup masa sebab anda kena allocate masa anda untuk trade, rugi kalau anda trade salah.

Untung long term sebab coin value makin naik, untung sebab tak payah susah nak jual coin Ripple tu dalam market then guna duit tu nak bayar loan bank.

Dan sampai at one time, balance loan nak bayar ke bank tu, kita boleh fully settlement guna value coin yang semakin meningkat throughout years, yang kita dok simpan.

Meaning, penulis dapat motor tu last sekali dengan harga discount. Penulis start buat ni masa Ripple harga USD$0.56. Ripple sekarang sudah USD$1.21.

Cuma damage dia adalah, kena ada capital sikit untuk start trade. Itu sebab kepentingan menjadi seorang trader adalah sangat crucial bagi kita di zaman ini.

DATA SCREENSHOT

Ini sebahagian screenshot nak bagi lebih faham. Rujuk bulan Oct 2018. Jumlah XRP adalah 537 = RM1244. Value masa tu 1 XRP = USD$0.56.

Kalau cuma kira yang ada pada screenshot, which is 9 bulan, maka jumlah XRP berjaya disimpan adalah 6554 XRP.

Berapa value 6554 XRP sekarang?

6554 * USD1.21

= RM32,938.67

Ini baru 9 bulan awal. Sekarang dah 2021. RM32.9 K ni dah separuh dari harga motor.

BAGAIMANA DENGAN TAX?

Secara asasnya, walaupun trade, tetapi tiada conversion coin kepada RM berlaku, tidak ada duit masuk ke dalam bank account penulis, maka, macam mana kita nak declare ia sebagai income? Coin bukan legal tender. Baca detail tentang tax di sini.

Tapi kalau coin banyak pun cam na nak spend? Pegi oversea la buat fund travel. Spend kat sana tak dikira income, sebab income tidak diterima di Malaysia kerana conversion berlaku di luar negara.