Terra Luna

INTRO

Penulis agak lambat masuk scene Terra Luna ni. Seperti biasalah, penulis jarang jackpot benda awal. Tapi kalau betul-betul kena, penulis jackpot besar. Now ini adalah kajian gila tak hengat untuk Terra Luna.

Kenapa nak kaji?

Penulis tengah fikir nak beli Terra Luna, kendian stake untuk jadikan gaji bulan. Ini adalah sebahagian daripada PLAN B penulis bagi mencapai financial interstellar.

Sebelum start, 29 patah perkataan, apa jadah itu LUNA?

Ekosistem lengkap kitaran kewujudan wang : Medium of exchange, saving atau invest. Setiap kitaran ni ada platform malah potensi buat untung wujud dalam mana-mana kitaran, trancendence antara nyata dan maya.

Ayat pitiching founder apply grant MDEC :

“Gua nak bagi lu satu tempat kat internet di mana lu boleh tukar duit (nak beli barang kat mana-mana), atau simpan ujung tahun interest 5x ASB, atau lu nak invest ala wolf of wallstreet – eitherway, semua tempat lu untung atau boleh buat duit kalau lu reti dengan syarat ada modal dan ada internet. Endgame dia, duit buat duit.”

Founder

Founder Terra Luna adalah Mat Korea. Ada dua, seorang nama Do Kwon dan seorang lagi Daniel Shin.

Do Kwon CEO dia, partner dengan Daniel Shin. Depa jumpa masa nak buat. Terra.

Do Kwon seorang yang artistic, conceptual manakala Daniel seorang yang practical, numbers. Meaning, combination balance dan complete each other. Ada orang cakap depa dua ni the ying and yang of Terra.

Mengkaji Founder

Now, Do Kwon ni agak gila. Matlamat dia nak jadikan Terra sebagai currency Korea. Mantul.

Ini pula interview dengan Yahoo News. Isu dia adalah SEC tak bagi Coinbase bagi interest atas stablecoin USDC. Tapi Terra UST, ada interest 20% so canne?

Satu lagi interview dengan coindesk. Paling kena grill Do kwon.

Kesimpulan 

Penulis merasakan yang Do Kwon ni level fuck you USA. Abis cerita. Kalau boleh penulis beri analisis :

Genius – A
Will Power – A +
Decentralised Mindset – A +
Bravery – A +
Trust Score – A

Take note Do Kwon idola dia adalah arwah LKY presiden Singapore. Kata Kwon, “”One of the things that Singapore did really well is understand that Singapore is a platform. Empires don’t think of how to attract users.”

3 benda di First Page Web Luna

Melihat kepada website https://www.terra.money/, sekilas idea yang diberi adalah :

a. Programmable Money For The Internet
Duit untuk internet

b. Spend, Save, and Stake Like Never Before
Cara menggunakan duit untuk internet ini, tidak seperti yang pernah ada sebelum ini.

c. #LUNAtics
Community driven coin

Matlamat Terra Luna

“The north star for the Terra ecosystem is to create more uses for UST.”

to create “the most useful dollar possible.”

“Luna adalah coin di bulan manakala Terra adalah coin di bumi. Coin di bulan bukan untuk beli rokok kat sana tapi coin yang akan ke bulan bila Terra, demand tinggi. Keduanya saling memerlukan bagi mewujudkan stability alam ini” –  Kiyai Tasik Chini

Mengkaji Project Terra Luna

Selepas membaca, menonton, penulis dapati yang Terra Luna ini adalah satu janji kepada ekosistem duit yang nampak boleh pergi jauh.

Ini adalah kerana, dia solve masalah utama antara crypto dan fiat. Ibarat link antara crypto dan fiat tu dia cover. Meaning, selama ni kita nak spend crypto punya payah, tapi Terra ada jawapan untuk ini.

Malah bukan setakat itu, duit juga menjadi instrument untuk menambah wealth kepada spektrum asset yang pelbagai, atau juga sebagai simpanan ketika market busuk.

Now, detail dia. :

a. Duit sebagai method pembayaran – Dia ada CHAI, payment gateway untuk spend duit yang asalnya dari cyrpto. Meaning, boleh beli, jual dan terima, transfer duit.

b. Duit sebagai aset generate interest  – Dia ada ANCHOR PROTOCOL, ini macam bank atau akaun simpanan. Simpan duit sini generate 20% apy. Meaning, kita ada tempat untuk simpan duit lebih kalau tanak invest,  sementara simpan, ada generate income.

c.  Duit sebagai aset investment – Dia ada Mirror Finance, ini adalah sintetik asset yang follow harga real stock. Eg. kat dunia nyata ada stock Apple. Dalam Mirror ada mApple. Bagus ke tak? Rasa macam zaman dulu ada Magnum kat kedai makai follow Magnum dalam paper, namun adanya Mirror Finance, ia telah enable lebih ramai investor yang susah nak invest global market. Meaning, kita ada xs kepada different class of asset untuk generate wealth.

Kalau rujuk gambar atas, Terra ni ada complete cycle of money, dari mana ke mana, semua dalam ekosistem dia.

Satu lagi benda penting dalam Terra selain ecosystem adalah Stablecoin.

Poster boy : Stablecoin

Do Kwon dalam presetation awal nak intro Terra, background slide dia KRT – Korea Runs on Terra. So basically dia ni secara halus nakkan Korea pakai UST dia kaw-kaw.

Barangkali sebab Korea lembab dalam digital coin kebangsaan, so gua buat satu.

Stablecoin yang famous sekarang ni adalah Tether USDT,  dimana ada isu atau scandal yang cakap Tether ni print angin tade backup. Benda ni masih tak selesai so timbul “trust” issue.

Yang kedua pula adalah USDC, oleh Coinbase. Masalah dia pulak,  agak centralised kerana Coinbase adalah syarikat Amerikano.

Antara USDC dengan USDT, data mengatakan USDC dah nak sama dengan USDT.

Terra datang dengan stablecoin dia UST, stablecoin secara algorithm dengan Luna.

Now, market stablecoin ketika artikel ini ditulis :

UST dah potong DAI, currently #4. Boleh  jadi nak potong Binance USD lepas ni.

Ok. Apa masalah stablecoin? Ini penting agar kita faham yang UST tu boleh pergi jauh.

Centralized versus decentralized

Stablecoin centralised nak move susah sebab regulator dok tengok. Contoh USDC, nak bagi interest, tapi SEC tak bagi.

Terra decentralised, so sapa nak kacau dia tak peduli.

Collateralized versus algorithmic

Collateralized ni ada cagaran atau backup. So duit kita secure. Nilai tu ada dependancy. Cuma masalahnya, nak move susah sebab lagi besar market nak pi,  lagi besar nilai cagaran dia. Itu pasal USDT Tether yang paling besar sekarang dikatakan backup angin.  Market USDT $78 B. So betul ke ada asset $78 B belakang Tether. Ini report audit kalau nak baca detail.

Terra algorithmic based on Luna.

Kalau UST naik, Luna kena burn, bila Luna burn,  dia create UST, so bila UST banyak, so UST yang naik tadi stable.

Kalau UST turun, UST kena burn, bila UST burn, dia create Luna, so Luna banyak,  bila Luna banyak, so UST yang turun tadi stable.

Now, sebab ada relation Luna dan UST ni, dia create satu opportunity untuk kita buat duit. Arbitrage.

Sebelum ni kita dok sibuk cari nak beli coin apa kat exchange A, then jual exchange B. Pastu masalah lama nak transferlah, itulah inilah. Now sekarang nampak lagi senang dalam Terra Luna.

Satu lagi yang macam sedap adalah spread dia besar. So boleh untung banyak compared stablecoin lain.

Terra Ecosystem

Ecosystem main terra ada 3 yang paling besar. Terra Station adalah wallet, Anchor Protocol adalah defi nak buat duit secara selamat atau nak pinjam duit nak kawin lagi, dan. juga terakhir Mirror Finance satu pusat investment.

Detail baca bawah.

Terra Station –  Wallet official untuk stake, swap
Baca : Wallet : Setup Terra Station
Baca : Staking di Luna melalui Ledger

Anchor Protocol – Saving UST 20%, pinjam duit, TVL – $11 B
Kajian : Anchor Protocol

Mirror Finance – Ala Robinhood, sintetik token, tiada boundary negara, 24/7

Ini, yang lain-lain :

Spar – Trade tanpa trade dengan menyertai pool

Prism – Skim memecah token menjadi dua dengan yield yang berbeza

Ozone – Insurans

White Whale – Geng Arbitrage suka ni.

Angel – Pusat Zakat Terra

Nexus

Suberra –  Accept recurring payment

Staderlab – Liquid Staking

Loterra – Loteri

Glow – Loteri

Now, ini dari defi lama untuk top 10 Terra. TVL $20.39 B pada 19.1.2022. 2X dari Solana, $10 B.

Ketika down, Bitcoin area $41.6K pada. 6.2.2022, (lepas reversal bottom dari $32K), $TVL 16 B,  turun $4B.

Investment, Smart Money

$32 M dari OKEx, and Huobi, Selain TechCrunch founder Michael Arrington, Polychain Capital, dan Hashed.

Risiko

Terra boleh gagal.

Kegagalan Luna = Kegagalan Stablecoin UST 

Bila market Bitcoin drop 30%, Luna juga kena. Harga Luna jatuh. Bila Luna jatuh, demand UST pun jatuh. So harga UST jatuh bawah $1. Bila jatuh, nak kena stablekan balik. Maka perlu mint balik Luna. Masalah dia, sapa nak Luna kalau orang hilang faith pada Luna.

Last sekali dua-dua melingkup. Ini bukan teori, ini benar-benar terjadi pada May 2021.  Fenomena ini dinamakan “death spiral” atau kematian berulang-ulang.

Death spiral telah berlaku pada sebuah coin lain iaitu Titan – Iron.

Namun beza Luna. dengan Titan,  Luna masih kuat dan tak bungkus hingga hari ini. Mungkin faktor ekosistem sokongan seperti Anchor.

Bagi mengelak death spiral yang sama dengan Titan, Do kwon ada rancangan, cuma tak tau amenda.

Serangan Regulator

Antara yang menyirap dengan Luna sekarang adalah SEC. Ini adalah kerana Mirror Finance yang tiru pricing asset sebenar / synthetic asset. Kesan dia tak adil pada market real sebab market real ada fee, tax bagai. Mirror tade.

So SEC dan sampoerna Do Kwon masa talk fest. Do Kwon saman SEC balik sekarang.

Do Kwon memang level fak yu SEC dalam kes ni.

Network Slow

Bila cita-cita terlampau besar, challenges dia adalah boleh kipidap ke tidak. Dalam kes crypto, network laju atau slow menjadi benda penting.

Fundamental technical Luna adalah berdasarkan  Cosmos proof of stake mechanism : Tendermint. Speed, 10K tranx per second. Currently Luna 1K per sec tranx.

Hint ketakutan network slow wujud bila Luna ada plan nak scale up network dengan kos $1 B. Google “Project Dawn“.

Kesimpulan

Now, kesimpulan yang kita boleh buat adalah Terra ibarat sedang membina “Money Lego”.

UST – adalah duit untuk jual beli, run di belakang dalam payment gateway, sebuah “medium of exchange” block

Anchor – adalah tempat simpan duit dan grow secara low risk, sebuah “savings” block

Mirror – adalah tempat nak invest duit multi asset, sebuah “synthetic investing” block

Ini adalah 3 block utama dan yang lain-lain adalah blok tambahan kepada blok ini untuk memudahkan lagi perjalanan 3 blok ini (Ozone misalnya sebagai insurance).

Meaning, a complete ecosystem of decentralised financial.

Now, last, Do Kwon ni agak gila. Matlamat dia nak jadikan Terra sebagai currency Korea. Mantul.  Dan dia bukan seorang bapok.

Price Prediction

Harga sekarang :

Mengikut table price projection penulis,

3T : $116 ( $120)
5T :  $194 ($200)
11.4 T : $443 ($500)
44 T : $1712 ( $1800 )

Apa kata penasihat?

Perspektif lain


Updated Crash Event 13.5.2022

Luna dah crash dalam masa seminggu dari $84 ke $0.027. Do Kwon dah kena game. Untuk detail, baca sini.

Untuk rekod, penulis spend $200 untuk beli 34,851 Luna setelah crash.

Pembelian Luna memang dalam perancangan Financial Interstellar penulis, namun NASIB BAIK tak sempat beli lagi sebab tengah DCA Bitcoin. Baca sini untuk update.

 

BACAAN LANJUT

https://www.terra.money/
https://www.readthegeneralist.com/briefing/terra
https://dyor-crypto.fandom.com/wiki/Terra_(LUNA)