Trade : Voltron 5 Sahabat

INTRO

Masa penulis kecik dulu ada satu cerita kartun yang memang penulis suka gila selain Thundercats. Kartun ini nama dia Voltron : Defender of the Universe. Layan jap :

Punyalah minat, ada satu hari tu ntah angin apa Abah penulis ni maybe ada GF belanja dia ke, dia bawa kami semua adik beradik pergi beli mainan, which is jarang-jarang-jarang-jarang berlaku. So, penulis telah memilih mainan Voltron.

Dengan harapan, esok-esok kalau Abah penulis belanja lagi so penulis boleh beli tangan kanan lak kemudia kiri dan seterusnya…. namun harapan tinggal harapan, last sekali ini je yang ada seekor.

Sudahlah begitu, pedang harimau hitam ni abah penulis campak dalam hutan sebab ada lambang ala-ala salib. Adoi, sedih betul.

Bila fikir-fikir balik, kenapalah penulis tak pakat dengan adik-adik penulis agar beli 2 ekor lagi warna lain so at least dah ada 3 ekor. Kalau nak lawan orang jahat dah boleh tumbuk cuma cam bantut sikitlah sebab ada tangan kiri kanan je kaki takde.

Ini complete set angan-angan.

By the way, bila dah tua ni penulis sebenarnya dah beli 2 set mainan voltron. Pertama, yang Lego. Puas nak pasang bai. Harga tak silap dalam 8 rat. To date, ini Lego yang paling banyak bricks.

Manakala satu set lagi penulis beli yang ni. Stroke kartun sikit, comey. Bandai, minipla.

So yang takde cuma version 1984 tu je. Insya Allah satu hari nanti.

TRADE : 5 Sahabat

Now, teknik 5 Sahabat adalah mengambil inspirasi dari 5 sahabat Voltron. Basically kena ada 5 coin, bergabung, bersatu menjaga keselamatan universe.  Bukan earth ok, universe.

Teknik ni penulis tengah study dan dah deploy pun minggu ni iaitu 1 Nov 2022. Sebelum ni study cara dia tapi tade hati nak try. Ni ilham dah sampai dalam hati kena jerit.

CARA

Berikut adalah step by step.

1. Set time nak main, daily, weekly, monthly.

2. Cari 5 coin yang prospek jumpa di puncak jaya. Ini sama ada :

  • Level Rajin : Buat analisis sendiri
  • Level Pemalas : Tanya signal mana-mana kiyai ada signal tak bro?
  • Level Pemalas gila tapi sebab dah kaya dan nak kaya lagi : Guna AI

3. BUY bila masa tepat

Katakan modal USD$10K, so bahagi pada 5 coin. Sorang dapat USD$2 K each. Atau,

Katakan modal USD$10K, bahagi pada 5 coin ratio tak sama, depends pada analysis. Meaning, mana analysis bagitau nak pi jauh dan kurang risk, letak banyak skit.

Tapi jangan letak sampai satu coin lebih 25%. Sebab ini dah menjadikan satu coin ni dah 1/4 dari semua modal. Kalau nasib baik sedap la, nasib cibai?

4. SELL  untuk ambil untung bila ada yang lebih 15% naik (atau ikutlah, 10% ke 5% ke ratio ni tentukan sendiri). Ini boleh buat manual pakai alert, atau set SELL LIMIT.

5. SELL STOP LOSS untuk protect capital kalau ada yang dah -5% (atau 3% ke ratio ni tentukan sendiri).  Ini pun sama, boleh manual pakai alert, atau set  SELL STOP LOSS.

TARGET

Penulis prefer weekly, sebab daily cepat sangat tak larat nak follow, dan monthly agak lama. So weekly ni just nice bagi penulis.

Target dia adalah, seminggu 5%. So kalau muka ada sinyum, sebulan boleh buat 20%.

Asal naik 5% secara average, tutup semua order.

REALITI

Bila main 5 Sahabat, masa kita pilih tu mungkin kita expect yang semua naik. Tapi hakikatnya hidup tak macam tu. Mesti ada salah satu atau dua yang busuk. Tapi ini depends pada analysis anda dan pengalaman anda.

Now idea dia adalah kita nak dapatkan ROI yang average daripada 5 Sahabat ni. Contoh,

Coin 1 – ROI 17%
Coin 2 – ROI 5%
Coin 3 – ROI 4%
Coin 4 –  ROI -3%
Coin 5 – ROI -3%

Daripada 5, 2 rugi, 3 untung. So average ROI adalah, 4%. Cun dah tu untuk seminggu. Sebab tu kalau ada yang lebih 15% je kena terus cepat2 SELL.  Contoh kedua,

Coin 1 – ROI 10%
Coin 2 – ROI -3%
Coin 3 – ROI -3%
Coin 4 –  ROI -3%
Coin 5 – ROI -3%

Ni kita anggap 4 cibai, 1 senyum. So average ROI adalah -0.4%. Memang rugi, tapi sebab kita disiplin STOP LOSS pada -3%, kalau satu nasib baik hit 10% kita minimize loss kita.

Berapa kalau kita rugi -3% overall? Of courselah kalau semua STOP LOSS pada -3%, so average dia mestilah -3%.

Minimum nak untung?

Coin 1 – ROI 15%
Coin 2 – ROI -3%
Coin 3 – ROI -3%
Coin 4 –  ROI -3%
Coin 5 – ROI -3%

4 cibai, satu senyum tutup mata…. so average ROI 0.6%. Ok la tu. Daripada rugi. Minggu depan ada lagi.

Tapi kalau paling nak 1%, dia kena gini.

Coin 1 – ROI 17%
Coin 2 – ROI -3%
Coin 3 – ROI -3%
Coin 4 –  ROI -3%
Coin 5 – ROI -3%

Bila lain rugi, satu dapat 17%, dapatlah seminggu 1%. Sebulan 4%, setahun, 48%. Better than ASB what?

Dalam erti kata lain, once satu coin hit 17%, SELL, so lagi 4 tu asal jangan -3% confirm seminggu lebih 1% ROI.

Namun ini hanya benar kalau ratio coin semua sama which is semua 20% holding.  Kalau ratio tak sama, tu kira sendiri la.

Now, ini adalah per coin. Sekarang overall. Kena selalu ingat, trading adalah bukan 100m sprint. Dia adalah marathon. Kena sabar, disiplin, tak cepat koyak, mental kuat dan positive thinking. Malah melalui perbualan penulis dengan seorang Karkun Trader, beliau mengfatwakan ini :

“Sepanjang aku kerja macam-macam dari tukang masak ke Pegawai Eksekutif GLC x 3 tempat kemudian bisness air dan belacan, dan sekarang last sekali jadi trader, aku rasa trading ni memang hanya untuk orang yang beriman, dan memantapkan lagi iman seseorang….”

So game dia dalam seminggu, asal dah capai je 5% overall trade, kita tutup semua pegi mam. Sebabnya, lagi cepat kita achieve 5% dalam minggu tu, balance hari dalam minggu tu boleh buat macam-macam benda lain daripada nak mengadap laptop 24 jam. Next week isnin baru cer.

Consistency itu penting dari kaya sekelip mata, sebab kalau game sekelip mata, sekelip mata boleh jatuh miskin. 

CABARAN

Cabaran yang ada, selain menentukan coin mana yang minggu. ni boleh bergabung Voltron and I form the head, (hat tu kita kena berzikir kuat atau kena ada kawan dengan kiyai) adalah apabila daripada 5 coin nak beli, cuma 2 atau 3 coin yang dapat. Lain tak dapat BUY sebab maybe harga tak kena.

So bila jadi macam ni, average adalah bukan berdasarkan 5 Sahabat tapi berdasarkan berapa sahabat yang ada.

Bila sikit sahabat nak bertempur, ni agak letih la. Kalau sikit hit 20%-30% sedap la tapi kalau yang sikit tu dua dua -3%?

PROJECTION

Now, penulis cuba teknik 5 Sahabat adalah kerana penulis nak kumpul balik Polkadot penulis untuk SKIM PENCEN Dr. Gavin. Ini misi utama. Dah setel ni baru fikir benda lain.

At one time penulis dah hit 6000 Dot hasil trade. Tapi tamak punya pasal…………. well kita hanya manusia.

So at this time, penulis cuma ada 631 Dot. Long term target nak ada minimum 4000 Dot. Baca sini.

BTW penulis telah bersumpah demi semua coin yang ada di muka bumi takkan tarik keluar staking balance ini untuk digunakan sebagai modal trade agar dia berganda. Once masuk, tak withdraw dah sampai kiamatul akhiratu’. AMIN.

Ini screenshot 1 Nov 2021, Staking Balance baru nak mula balik lepas insap.

Ergo, kalau modal adalah USD$50K, seminggu 5%, sebulan 20%, maka sebulan ada USD$10K. Setahun boleh pergi USD$120K.

Setahun dari sekarang adalah Nov 2022. Kalau cryptomarket cap waktu itu USD$ 4 T, so Polkadot sebijik, sekitar USD$77.

USD$120K / USD$77 = 1558 Polkadot.

Existing 631 + 1558, = 2189 Polkadot. Campur 12% staking. rewards dalam 75 dot, so final 2264 Dot.

Maknanya kalau nak setelkan SKIM PENCEN Dr. Gavin dalam masa setahun dengan modal USD$50K agak susah. Makan masa dua tahun baru settle, unless modal up seganda USD$100 K.

Babi menyesal betul tamak rugi 6000 Polkadot. Kalau tak penulis dah rilek dah ni. 2025 confirm retire. But anyway it’s OK. Semua benda jadi ada sebab. Ingat tu.

Siapa tahu kerana rugi 6000 Polkadot, kita untung 20% sebulan?

FIRST DEPLOYMENT 

Penulis akan cuba 4 minggu dengan modal USD$6,408 dalam bulan November 2021. Ini minggu pertama, so kita tengok macam mana. Kalau ok, kita hantam besar.

Tapi sebelum itu, target 4 minggu ini adalah daripada USD$6,408 jadi :

First week,
USD$6,408 + 5%
USD$6,408 + USD$320.40
= USD$6,728.40

2nd week + 5%, 3rd week +5%, final week + 5%, end goal adalah,

USD$7,788.96

Meaning, kalau dapat jadi USD$8000, alhamdulillah. Tapi kalau tak rugi pun dah cukup baik. Apa yang penting? Protect Capital. STOP LOSS jangan lupa set. Biar lambat asal selamat. Ada benda dalam dunia ni dia memang kena slow-slow sebab laju-laju tak bagus walaupun senyum awal. Ingat tu.

UPDATE

First Week November : 3 hari, 3 Coin, 5.13%

SEMBANG KARI

Kalau 5% boleh buat dalam masa seminggu, sebulan 20%, dan boleh menten benda ni 1 tahun, next level adalah yang lebih kari.

Dengan modal RM1 M, 5% seminggu adalah RM50 K manakala 20% adalah RM200 K.

Meaning to say, kalau teknik Voltron 5 Sahabat ni berjaya, sebulan kerja seminggu sahaja untuk dapatkan RM50K gaji sebulan.

Gaji RM50K sebulan sudah meletakkan seseorang dalam kategori 1% Malaysia. Baca sini.

Tapi RM1 M mana nak cari?