INTRO
Maulena Muzza atau nama manja beliau MasMujja merupakan kawan baik penulis. Banyak liku-liku yang kami lalui dalam dunia nyata mahupun spiritual, dan terkini trading.
Selama ni penulis trade MACD + RSI. Tapi ada satu season tu cam palat, so MasMujja intro / share teknik yang dia pakai. Teknik ini dinamakan MasMujja Engulfing.
Macam mana penulis tahu teknik ni agak meyakinkan dan bergaya?
MasMujja dah 3 tahun tak kerja, bini pun tak kerja, anak dua orang sekolah international school.
Basic Engulfing
Engulfing adalah fenomena dimana satu batang kecik. (batang 1st) , ditutup oleh satu batang besar (batang 2nd). Kedua batang ni mesti lain warna.
Ada dua jenis engulfing. Engulf Sell dan Engulf Buy.
Engulf Sell, batang hijau kena makan dengan batang merah.
Engulf Buy, batang merah kena makan dengan batang hijau.
Apa yang 2 batang berbeza ni buat?
Bila dia bertindih, dia create zone. Zone ni adalah ruang supply / demand.
So nak tau zone jenis apa sama ada supply / demand, kena tengok balik jenis engulf.
Engulf Sell create Sell Zone, satu miqat atau kawasan orang banyak jual.
Engulf Buy create Buy Zone, satu section atau space orang banyak beli.
Soalan. Zone ni mesti amik body saja ke? Wick / Shadow boleh tak?
Kalau suka layan B2B amik body 2 body. Kalau suka minum air limau nipis, amik wick.
Zone ni untuk apa?
Bila ada zone ni, maka kita tahu bahawa, harga akan pergi mana. Ini adalah kerana, biasanya dalam mode sedap, harga akan menjauhi zone ni. Cam zone panas la….
Misal kata Engulf Sell, create Sell Zone, zone panas ni adalah kerana harga tak boleh nak naik lagi sebab ramai orang jual dalam zone tu. Maka ini memaksa harga untuk turun.
Namun begitu, tak semestinya dia turun sebab kadang ada whale masuk nah amik kau naik makin tinggi. Member dah sell sekali harga naik #jilake.
Sampai bila zone ni valid?
Selagi tak ada price tembus dalam zone ni, so zone ni masih valid. Bila ada price masuk dalam zone tu, zone dikira kiamat. Kira zone dah pecah la tak leh pakai dah.
Trade Mode
Now untuk entry, seperti biasa mesti ada 3 step checkpoint.
1. SIGNAL
First tunggu signal. Tengok signal kat mana? Bila first candle kecik diikuti dengan 2nd candle besar, dua- dua ni lain warna.
Kalau hijau merah – kita nak sell & buy dip (tambah jumlah coin) sebab harga nak jatuh, capital kita adalah coin.
Kalau merah hijau – kita nak buy & sell high (grow capital USD/ stablecoin) sebab harga nak naik, capital kita adalah USD/stablecoin.
So kita tahu yang sell zone akan terbentuk maka suggest price akan turun.
2. CONFIRMATION
Now confirmation bila? Bila 2nd candle closed. Selagi tak closed, ada kemungkinan dia tak jadi engulf. Dah closed, baru confirm engulf.
Bila dah confirm, baru boleh enty. Mana nak entry? Closed price candle 2 tu.
Ada second entry kalau tanak entry direct macam atas tu. Yang kedua ni entry lepas reversal. Reversal ni maksud dia, candle selepas no 3, naik retest balik zone.
Apa beza first entry dengan second entry? Margin second lebih besar dari yang first.
No 2, kadang kita terlepas entry yang first tu tapi bila check balik candle macam buat reversal maka ada peluang untuk entry pulak.
Boleh tak entry dekat wick / shadow? Ikut suka.
3. EXIT / TP ( Take Profit)
Exit / TP ikut suka hang la. Agak2 seram rasa harga nak opposite hang punya trade hang exit la.Tapi kalau yakin boleh pergi jauh sampai tempat hang rasa dia reversal, TP situ.
Now, mesti kita nak tau kat mana dia agak nak pergi?
Pertama, kita TP based on Support & Resistance atau trendline. Set dekat situ, price sampai, settled.
Atau TP based on Fibo. Sama juga, set dekat situ, price sampai settled.
Cara pertama ni kita TP berdasarkan agakan kita di masa depan. Meaning, kita tilik, kita project, dia mungkin nak pergi situ.
Kedua, adalah sebaliknya. Kita TP bila ada petanda, atau, bila ada signal nak reversal, kita TP. Meaning, selagi price tak ada mood nak reversal, kita follow.
Ada dua cara. First, bila RSI warna putih, then confirmation by MACD bersilang. Ini kena tengok teknik trade Mazhab James.
Second, bila ada engulf baru yang suggest nak reversal. Meaning, entry pakai engulf, exit TP pun pakai engulf.
Cara ketiga adalah cara paling selamat tapi maybe untung tak banya. TP terbalik ikut trail stop loss. Maksud dia, bila price dah masuk zone kita. ada profit, kita trail stop loss dari belakang. Makin price gerak, makin kita ubah stop loss kita, follow rapat price. Ini cara memandang ke belakang atau past.
Kesimpulan dia, ada 3 cara TP. Future, Present & Past.
4. STOP LOSS
Seperti biasa sama ada 3% atau 5%, atau lebih, ni ikut hang yang penting hang tau risk rewards. Kalau penulis, penulis suka Trail Stop Loss. Meaning Stop Loss berubah ikut jubo price.
Goin’ Deep
Now, MasMujja ajar penulis basic engulfing tu tapi agak berbulan penulis nak paham. Ada kalanya kita memang lembab nak terima. Bila penulis check kenapa, rupanya sebab mindset kita tak open pada ilmu yang nak masuk.
Once penulis embrace dan beriman pada mazhab ni (beriman maksud dia percaya, bukan menyembah ok) finally penulis faham dan mula guna dalam trade penulis. Ada satu malam tu dari pukul 10 malam sampai 5:30 pagi penulis zoom dengan MasMujja betul-betul nak paham lagi #deep.
Lantaran itu, ini nota-nota agar teknik engulfing lebih mantul.
Kita dah tau yang engulfing akan create zone hence suggest kemana price nak pergi. So, apa lagi faktor yang membuatkan chances price untuk pergi ke tempat yang telah dijanjikan?
a. Support & Resistance Line
Ada pagar atau ada sekatan yang suggest kemana price nak pergi. Dalam kes ini, ada trendline support atau resistance.
Rujuk engulfing Sell yang kedua pada harga $18.05.
Dalam trade ni, selepas engulfing Sell, price close batang merah no2, price berada hampir dengan resistance line. Hence, ada 2 benda yang sekat price dari naik lagi. Resistance line + Sell Zone.
Hasil dia, price turun.
Close trade di mana? Close pada support line.
b. Price Closed Mid BB
Dalam contoh seterusnya bagi engulfing Sell, batang 2 closed bawah mid BB dan ditambah pula, ada support line kat bawah, suggest price nak turun mencari support line.
Yang ni lagi jackpot, sebab bukan sahaja closed bawah mid BB, malah bawah EMA21 (line merah tebal) dan EMA8 (line kuning nipis).
Namun begitu kalau ikut contoh atas ni dia punya makan profit sikit la sebab dah ujung support line je margin dia. Unless target line bawah BB.
c. Zone Poligami
Zone poligami ni maknanya ada dua kali zone berlapis. Meaning, first engulf, reversal, then create 2nd engulf.
Sebab apa dia power? Eh. Bini dua mesti la power. Kalau tak power bini satu je gheti. Anyway dia power sebab supply banyak situ.
Now zone poligami ni boleh jadi juga wujud kat different timeframe.
Goin’ Deep 2
Ini pula adalah tentang candle engulfing yang lebih detail. Pertama, kat mana nak tarik zone sell / buy. Ini dah ada katatas tadi. Boleh tarik body to body atau wick to body.
Kedua, ada mazhab lain kata, combination candle seterusnya boleh juga dijadikan engulf sebab tutup body. Ini dinamakan hidden engulf.
Kena ada few candle untuk makan candle first.