INTRO
Setelah trade secara serius black pada tahun 2022 selama 6 bulan pair DOTUSD dengan profit sekitar 43%, dan beberapa trade pair DOTBTC, BTCMYR, tibalah masa untuk penulis masuk trade 2023 dengan lebih azam baki.
Maka ini adalah setup penulis dengan harapan cemerlang bergaya 2023.
Apa nak kena tahu sebelum follow setup ni?
Penulis mengubah suai sedikit trade style mazhab James, dengan campuran trade style mazhab Mas Mujja.
Ini bermaksud, penulis menggunakan RSI, MACD dan Engulfing + BB.
Setting RSI dan MACD masih sama,
RSI 10, MACD 8,21,5.
Trade Mode
Pair yang digunakan adalah DOTUSD. Matlamat trade untuk kumpul Polkadot bagi tujuan tambahan kepada staking, agar staking rewards per daily makin tinggi sebagai gaji tahun 2024 nanti.
Ini bermaksud, SELL HIGH DOT, BUY DIP DOT.
Timeframe 4H.
Now untuk entry,
1. SIGNAL
Sebelum entry, kena tunggu signal, signal muncul bila RSI lebih 70 (oversell). Kalau takde signal, tak entry.
2. CONFIRMATION
Second. Confirmation. Confirmation boleh tengok pada dua benda. Sama ada a. Engulf Sell, atau b. MACD bersilang. Sell DOT bila confirmation ada.
Biasanya confirmation ni Engulf Sell, dan diikuti dengan MACD. Meaning, MACD lambat sikit. Contohnya, Engulf Sell jadi jam 16:00, MACD 4:00.
eg. Engulf Sell confirm pada candle ketiga
Diikuti dengan MACD bersilang
Ada juga terjadi dimana Engulf Sell sama time dengan MACD.
Now, kalau lepas Engulf Sell, diikuti MACD, boleh relax sebab probability price turun sangat tinggi. Dah ada 2 confirmation boss.
3. STOP LOSS
Stop loss adalah set pada 10%. Meaning kalau price naik balik dan langgar 10%, SL.
Contoh Sell pada $7.05, SL adalah $7.76.
SL boleh buat alert atau kalau malas, set terus.
4. EXIT / TP
Untuk TP atau Take Profit, meaning bila nak buy balik DOT, kena tunggu dua benda.
Pertama Signal, ini tengok pada RSI, mestilah 30 (overbought). Ada signal, standby nak beli balik.
Kalau seram, boleh je beli balik kat signal ni, tapi kalau nak lagi steady, tunggu confirmation.
Next, tunggu confirmation. Sekali lagi, sama ada Engulf Buy atau MACD bersilang.
Namun, untuk Buy Dip, sebab nak confirm profit, sama ada Engulf Buy dulu atau MACD dulu, asal satu je ada boleh TP.
Mana menatang BBnya?
BB penulis guna untuk tengok sama ada price tu makin nak naik atau makin nak turun. Meaning kalau closed luar line, penulis rilek dulu. Sebab dia nak pergi lagi jauh.
BB ni anggap macam hello boss, hati2… gitu. Atau, boss, bersedia….
Tapi kalau Engulf confirm mengalahkan BB, lupakan BB.
Back-Testing
Penulis ada buat back testing pada tahun 2022. Didapati :
Jumlah Trade : 23 x
Win vs Loss : 13 win 3 Loss
Profit rate : 438%
Daripada back testing ni, penulis dapati,
- Kenaikan DOT adalah jarang melebihi 10%, ini mungkin faktor Bear market pada tahun 2022. Hence, SL kena cuma 3 kali.
- Trade floating makan beberapa hari. Yang ni kena sabar sikit dan yakin dengan diri. Yakin boleh, Rakan Muda!
Boleh guna pada pair lain tak?
Penulis tak cuba kat pair lain, itu hang cuba sendiri. Setakat setahun dengan DOTUSD, sedap.
Bull market boleh guna tak setup ni?
Bull market ko nak Sell High Buy Dip untuk DOT apa kejadahnya. Sebab DOT makin tinggi value. Kalau Bull market, boleh guna setup ni tapi matlamat tu lain.
Buy Low DOT, Sell High DOT. Tapi bukan nak kumpul DOT, nak kumpul USD. Ada gheti? Nampak macam sama tapi tak serupa.
Semoga bermanfaat dan good luck!