White Paper

Milestones | White Paper

( White Paper ini dah outdated. Updated Version, klik sini )

“penulis”

Writer, decentralife.co
[email protected]

“Catalyst, Strategy, Freedom”

1. Abstract

Pendahuluan
Kata Hamka,“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”
Manakala pepatah pula berkata begini, “Genggam bara api biar sampai jadi debu” dan fundamental firman Allah tentang bagaimana untuk berjaya ada pada Quran 4:40 – Dunia ini tak pernah adil. Hanya Allah Maha Adil dan Maha Pemberi di luar jangkaan manusia.

Apa
Financial Interstellar Whitepaper
adalah action plan bagi mencapai Financial Freedom dengan cara decentralised, anonymous dan paling cepat, agar, bebas bukan dari segi kewangan, tetapi bebas dari sistem centralised yang menjadikan manusia, hamba abdi.

Kerana
Kita bukan dikalangan circle elit dan bangsawan
yang memegang negara ini, hence jalan yang kita pilih, adalah jalan yang berbeza. Lalu fokus kita adalah diri sendiri dan keluarga secara prime, settle ini dulu baru sembang yang lain.

Hakikatnya
Hanya dengan bantuan Allah, kita akan berjaya, dan manusia tidak memiliki apapun apatah lagi kata.

2. Inspiration

Asalnya
Penulis mencari konsep atau “narrative” yang serasi
dengan penulis agar pengembaraan financial ini bukan setakat menjadi kenyataan, malah, mempunyai “connection” yang terdalam dengan penulis.

Biasanya
Umum menuju ke “bulan” lalu tercipta #tothemoon, Moon Project dan sebagainya. Setelah bermeditasi, satu malam penulis tergerak untuk menonton filem ini.

Akhirnya
Lalu, penulis diilhamkan, “Financial Interstellar“.

Detail pasal movie, boleh baca sini.

3. Statement of Purpose

Moonshot
Mencapai level global hepta-millionaire, (RM30 M / USD$7 M)
dan retire dengan tenang, senyum dan aman dan kalau perlu zoom meeting pun, hanya untuk buat kelakar dan bertanya khabar.

4. Action Plan

Basically
Ada 2 plan untuk mencapai Financial Interstellar iaitu Plan A dan Plan B.

2 jalan.

Method Plan A adalah Hodlr, manakala,
Method Plan B adalah Trade, Stake dan Defi.

Kedua-dua Plan A dan B adalah berteraskan crypto semata, dimana backbone utama adalah saiz crypto market cap yang saban hari membesar, tidak menunggu kita.

PLAN A

Apa
Menjadi seorang Hodlr,
beli coin secara DCA dan simpan dalam Nano X. Tunggu market cap crypto membesar dan berharap agar market cap meningkat hingga ke USD$ 44 T dalam masa paling cepat.

a. Element Plan A 

Ada 3 milestones. Now, dan dua di future.

  • EARTHNow moment. Situasi semasa, beli, simpan (Hodlr) dengan fokus utama Bitcoin, Ethereum dan Polkadot.
  • COOPER STATIONMarket Cap Crypto USD$11.4 T, atau bersamaan dengan Market Cap Gold. I’m the bank, atau, keadaan dimana tidak lagi bergantung kepada sistem centralised finance dan sudah fully decentralised.
  • EDMUD’SMarket Cap USD$44 T, atau ketika 1 BTC = USD$1 M. I’am Free, atau, keadaan dimana value hodlr mencapai USD$7 M. End game.

Manakala,

  • TESSERACTMarket Cap Crypto yang sentiasa berubah.

b. KPI PLAN A

KPI bagi PLAN A adalah jumlah coin semasa mesti mempunyai value RM30 M / USD$7 M pada market cap :

  • USD$44 T, paling logik
  • USD$11.4 T, atau lagi cepat
  • USD$5 T, atau lagi gila

c. STATUS PLAN A

Current Asset Value :

  • Earth, Crypto Market Cap USD$2.6 T :
    Asset Value – USD$467 K / RM 1.9 M

Ini membawa kepada projection :

Future Asset Value :

  • Cooper Station, Crypto Market Cap USD$11.4 T  :
    Asset Value – USD$1.9 M / RM 7.9 M
  • Edmud’s, Crypto Market Cap USD$44T :
    Asset Value – USD$7.6 M / RM 31.8 M

Now, diatas kiraan detail dengan rumus bagai, cuba kita kira secara orang kampung, straight forward, ilmu congak kedai kopi.

Kalau sekarang $2.6T = $467K, maka kalau $44 T?

$467K/$2.6T * $44 T,
= $7.9 M.

d. Kesimpulan Status Plan A

ALHAMDULILLAH x 7M, Asset hodlr mencukupi agar pada waktu Market Cap Crypto USD$44 T,  value semua asset ketika itu melebihi USD$7 M.

Projection bila Crypto Market Cap mencapai USD$11.4. T dan USD$44 T, baca sini.

e. Next Target untuk Plan A

In case berlaku transcendence secara mendadak dimana penulis bulan jatuh ke riba jackpot tiba-tiba dapat durian runtuh, penulis bercadang nak acquire more asset. Tujuan dia agar by market cap USD$11.4 T, at least kat situ dah mencapai USD$7M atau paling tidak tinggal lagi 20% nak achieve USD$7 M.

Detail penulis update kalau dapat durian runtuh. Mengikut whitepaper ini, transcendences by Black Hole.

PLAN B

Apa
Menjadi seorang active Trader,
dengan menggunakan machine learning / AI bagi membantu dalam membuat analisisa trading, lalu membesarkan capital. Sebahagian profit akan disalur kepada fund-fund yang akan dibesarkan secara defi dan staking secara passive.

a. Element Plan B

Set pertama adalah untuk meningkatkan fund secara konsistan, menggunakan capital yang sedia ada.

  • TARSMachine Learning / AI bagi membantu analisis
  • RANGER ONESecurity Protocol untuk keselamatan asset : Ground Control Major Tom
  • ENDURANCEFund Allocation untuk terus hidup

Manakala set kedua, adalah meningkatkan fund secara mendadak, menggunakan capital luar.

  • BLACK HOLETranscendence kepada keadaan dimana capital trade berganda kerana hit jackpot tetiba eg. jumpa harta karun / jual business. Baca.

Set ketiga, adalah reflections past, present and future bagi pengembaraan kewangan penulis.

  • MILLER’S – Sebuah reflection kepada penulis ketika zaman susah dahulu. Duit adalah segalanya. Tanpa duit, hidup susah.
  • DR.MANN’S – Sebuah reflection kepada penulis ketika zaman senang. Duit ada, tapi bukan punca ketenangan. Rupanya duit bukan segalanya.
  • EDMUD’S – Sebuah reflection kepada penulis zaman retirement. Market Cap USD$44 T, atau ketika 1 BTC = USD$1 M. Segalanya adalah pinjaman semata dari Allah Ta’ala.

b. KPI PLAN B

KPI bagi PLAN B adalah, mempunyai :

  • Capital Trade – RM1 M
  • Staking Fund – 10K Polkadot, 1.5K Solana, 2K Luna
  • Defi – to be updated

c. STATUS PLAN B

PLAN B masih dalam proses. Yang ni agak rabak. Dan masih dalam mode simulation, kiraan bagai. Meaning belum finalize. Tapi untuk asset :

  • Staking Fund Polkadot – Untuk GPF, baru 1595 Polkadot
  • Capital Trade – Baru USDC 55,000 atau RM228 K. Lebih kurang 25% daripada RM1 M.

d. Kesimpulan Status Plan B

Confident menang kalah takpe, masih belum muka ada sinyum. Rasa nak kena review balik Plan B ni tengoklah macam mana. Meaning, plan mungkin berubah ikut semasa.

5.  Asset Status

Menggunakan coinstats.app, ini adalah data terkini pada 29.11.2021.